Wednesday, November 24, 2010

teman lelaki pilihan

MUKADIMAH:
rasa best la nak tulis pasal cintas2 ni. saya dengan nada serius sebenarnya tak suka cakap benda2 mengkhayalkan ni depan2 public. lagi2 kalau video2 cintas dipost kat dalam fakebook yang buat ramai GALZ2 terawang2 dan sambil bermonolog dalam hati 'pakwe aku sebijik la macam dalam bideo ni. untungnya aku dapat die'. marila sedih beramai2 bagi golongan yang single kerana dalam hati mereka2 ini pula akan berkata 'bestnye kalo dapat pakwe camni'. ye memang best kalau betul2 wujud lelaki macam dalam bideo tuh. tapi bagi pendapat saya yang kurang bernas ni, bideo macam tu tidak realistik, tidak logic dan membantu kepada anak2 remaja berangan kosong. wohaha. sebabnya kemungkinan besar GALZ2 yang tadi tuh akan merana ditinggalkan kekasih yang konon2 nya sama dalam bideo khayalan tadi. itu cuma pendapat saya sahaja. anda sangat beruntung jika memang dapat 94% lelaki macam dalam bideo2 terbabit.

ISI-ISI PENTING:
okay berbalik kepada tajuk entry saya di atas. teman lelaki.teman lelaki ni bukanlah maksudnya macam 'DIA PILIH KLCC DOWH'. ni maksudnya teman lelaki a.k.a suami di dunia dan di akhirat. okay every woman wants the very2 best3 for her other half. tapi mungkin berbeza citarasa. ada yang suka kering macam afdlin shauki. ada yang suka gemuk macam saiful apek. tinggi and pendek and whatever sifat fizikal manusia. tapi kalau dari segi lahiriah pun ada jugak certain2 chracteristics yang menjadi idaman. hoho.. contoh one of my friend, alyaa. ciri2 die suka ialah berkarisma. saya sampai sekarang tak tahu what is the inside of charisma. mungkin bijak or pandai berkata2. tapi sifat lelaki memang pandai berkata2. oh shit. haha..

as usual, budak2 sekolah suka yang perfect macam dalam2 cite2 melayu. jangan cakap orang. saya pun macam tuh dulu. ngehehe. sifat gatal saya datang masa naik sekolah menengah. dahla sekolah perempuan je+sekolah arab (ehem3). yang lelaki hanyalah cikgu2 dan tukang kebun. takde pilihan kot nak menggatal. bodoh la aku mase sekolah. takkan nak minat tukang kebun. so minatla para2 cikgu or ustaz kat sekolah. macam sangap je dulu. bukan saya je okay. boleh kata almost minat cikgu laki. pantang ada cikgu praktikal yang muda bergetah korang (+saya) mulala buat perangai lain macam dan macam lain dari yang lain.

dari hasil kajian tipu2 termasuk pengalaman saya sendiri, ciri2 lelaki yang budak2 sekolah perasan dewasa ni suka ialah :
1) hensem kacak bergaya
2) leader untuk sesuatu occasion e.g : pergerakan kawad kaki ( tak tahu term apa sebab saya dulu tak aktif sukan sebab tu gemuk. shial)
3) berpengaruh dan popular kat sekolah2 di sekitarnya

gambaran : (lelaki di sebelah kiri atas hanya hiasan)

masa ni tak kesah laki tuh bodoh ke tak dalam bab2 belajar. yang penting cukup sifat2 palsu di atas sebab nak tunjuk kat membe2 sambil bermonolog dalam hati 'gewe aku meme semak'. oh koya! tapi saya dengan sedikit bangga nak cakap saya tak pernah terlibat dengan cinta monyet maybe sebab kurang nafsu atau mungkin sebab nafsu kurang (eh?).

zaman berubah dan taste saya (mungkin orang lain) juga berubah. dah habis sekolah menengah, masuk pulak matrik. masa ni taste still macam budak2. yang paling common mereka perempuan suka muka 'korea2', 'chinas look' and whateva. taste masing2. kalau saya pulak?hehe..
1) tinggi (ini taste normal bagi peremp)
2) budak2 physical stream (maksudnya bakal2 engineer)
3) otak bijak
4) pandai buat lawak din beramboi (Al-Fatihah)
5) muka hitam (menunjukkan mereka adalah sports guy)
6) kurus

gambaran : (picture was randomly taken)

PENUTUP
dah makin dewasa, otak pun dah matang. semua2 ciri2 di atas tak bawa kemana sebab yang paling penting ialah hati yang jujur dan ikhlas sampai mati (masuk part feeling). im talking based on my experiences (lap air mata kejap). jadi apa yang perlu bagi seorang lelaki untuk dijadikan teman di dunia dan di akhirat ialah :
1) beriman dengan sepenuh hati kepada Maha Pencipta
2) tahu tanggungjawab sebagai anak, suami dan bapa.

tak banyak. DUA je tapi susah nak dapat macam ni. bila dua sifat ni combine bersama2, hidup InsyaAllah bahagia. (mata bersinar2 dan juga bermonolog tanpa tengok bideo kat fakebook). untuk part ni takde gambaran sebab mereka ni tidak layak digambarkan secara murahan. (sila senyum)

nota tangan : tiada makhluk Allah yang sempurna. mungkin secara lahiriah kita tengok seorang wanita beruntung dapat lelaki kacak+kaya+baik n bla3. tapi kita tak tahu mereka ini mungkin FAIL dalam producing anak. hoho bye!

7 comments:

Frodo Baggins said...

>>____<<


ada satu fasa semua boleh fikir
antara eskerim n coklet ...
pilih mana satu? owhhh wa sleepy
hakhakhak

anah nik mahmood said...

sy pilih dua2 lah. sebab ada kelebihan n kekurangan masing2. explen cepat

Viva La zuLL said...

2

anah nik mahmood said...

3

keorenan said...

sy pilih cokelat nini celup2

chaied said...

oh i like~
skang dah dewasa
(dewasa ke?)
even perangai x berubah²
(bile nak berugah ntah)
mmg ingin mencari calon yg last sekali.. :)

anah nik mahmood said...

keorenan: xdok dale list la awop. hoho

chaied come: dah jumpa ke calon 2? broom3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...