Elton John: eh cik yah kito. mari mano? lamo tok jupo
Mariyah Karey: mari dari klate la. nak nawak anok kat kkelay (klang) nuh.
Elton John: mari sore jah ko?
Mariyah Karey: tuh ado Paul Moss nuh.
Elton John: aloh.. (dalam nada kecewa)
Paul Moss ketika itu sedang berada di dalam toilet kerana itu memang habit beliau.
Petunjuk:
Elton John- beliau ni berkenan kat mak aku masa muda-muda dulu dan sampai sekarang. padahal si Elton ni sudah berkeluarga.
Mariyah Karey- ini adalah bukan nama sebenar mak aku. dari dulu sampai sekarang masih cun. maintain muda without any supplement or botox macam R*s**h M**s**.
Paul Moss- ayah aku.
yang aku tak puas hati di sini ialah taim tuh takde pulak yang datang menegur aku seperti apa yang mak aku lalui. mungkin sebab gen cantik mak aku takde kat aku kot. T_T.
Situasi lain pulak di Hospital Kubang Kerian:
Khatijah Tan: Assalamualaikum. mari nawak sdaro sini ko?
Mariyah Karey: hola. sakit smenggu doh.
Khatijah Tan: mari sini nga adik ko? (sambil tunjuk ke arah aku)
Aku: T_T
Petunjuk:
Khatijah Tan- pelawat hospital
yang aku konpius kat sini, mak aku yang nampak muda atau pun aku yang nampak matang? (bukan aku nampak tua okay!)
hmm tak kesahlah. yang penting mak aku memang cun MACAM AKU. paham?
Hello mok! even mok nok bukok lapitop pun tak reti apatah lagi nok connect berukbenafleck, anah dengan BERBESAR HATINYA kopipes link utiup ni
spesel untuk mok (sambil buat gaya LOVE guna tangan)
Sheila On 7 & me (macam poyo je ade me) composed this song specially dedicate to all Moms in the world
MOTHER'S DAY IS EVERYDAY
aku nak interprem jap ngan mak aku
fuyoo gila cun anah sebijik mak dia. Pffffttt..