Saturday, December 24, 2011

sudah boleh kawen ke?

hehe finally sem 5 dah habis. tapi final exam coming soon yaww. dang! dari sem 1 sampai sem 5, aku rasa sem 5 la paling busylahsangatwoi. weekend aku ibarat lembu dicucuk hidung. kesana kemari mengikut hawa nafsu assignment yang tidak berkesudahan.

sem ni memang aku jarang gila berjimba-jimba kecuali hanyalah pergi ke Pasar Malam Sri Serdang membeli ayam dinasour (betul ke eja?) yang berharga RM2.50 T_T

assignment yang paling mencabar kewibaawaan pelajar cemerlang seperti aku


dalam ni ada lebih kurang 65 sampel jahitan yang aku kena siapkan for the whole sem. ada siapa2 berani ke nak cakap 'ala setakat 65 je pun tak sampai 100 lagi' ?

ketebalan folio ni lebih kurang sama tebalnya dengan mulut akak Ning Baizura

nak tahu lepas siap folio aku ni, aku asyik belek2 je folio sambil mengatakan rajinnya aku ini. konon angkat bakul tapi tak naik2 la. sebab berat kot.

dalam banyak2 sampel yang aku buat. 2 kat bawah ni paling azab. mahunya lebih 10 kali aku tetas. yelah tetas menetas ni memang hobi aku. 

yang sampel ni memang aku kena redo. nampak macam skirt baby yang tak cukup bulan kan? comel macam aku bo dowh skirt ni. ahha angkat bakul lagi!


hanya jauhari mengenal manikam. nama sampel ni leher manikam kot. aku pun dah lupa. yang ni aku tetas sampai menjilat jari slurppp!



bosanlah cakap pasal assignment



Monday, October 24, 2011

Kita Duakan Segalanya :)

aku sanggup bermadu dengan Sarah demi Eross. boleh nampak tak betapa gedikan-eksaitedtan aku bila dapat snap2 dengan Erosh. hanya cameraman kat depan je tahu betapa girang gelendang gembiranya aku time ni

Duta memang maintain cute macam anak dara yang aku kenal 11 tahun yang lepas. masa ni Aiman macam bad mood nak suruh baba dia dukung. Duta ni boleh dijadikan tokoh bapa mithali jugakla

entrance Adam paling kelakar. dahla paling lambat datang. dah sampai rilek gila sambil bawak perut beliau yang boroi-boroian

Brian paling kesian sebab macam kurang fans yang nak berfoto2 dengan beliau. mungkin sebab dia member baru. haha tapi lo lucu and funny



kapan kita mahu jumpa lagi? T_T



Friday, October 21, 2011

yeah ESOK!

esok gue Berlayar bersama Sheila On 7

INI PAS MASUK UNTUK PRIVATE GATHERING WITH SHEILA ON 7

dah lebih sedekad aku tunggu peluang ni dan terima kasih kepada Encik Ahmad Firdaus kerana sudi menyempurnakan impian aku yang mabuk angau tak sedar diri ini 

:D

Sunday, October 9, 2011

wordless forever :'(


i'll be missing you guys ~dhanionceyukeandratyo~

Tuesday, September 27, 2011

walaupun kurang kemas tapi nampak menarik

setelah sehari lebih aku bersengkang bontot mata membuat kejadah ini, akhirnya inilah hasilnya. 

original nike stitch from anahkuneng

at first sebenarnya aku nak sulam muka budak perempuan yang konon2 nya cute tapi macam susah je. aku ushar2 bilik aku then mata aku melalui beg nike aku yang hensem tergantung di dinding. so aku pun dapat la idea nak stich kejadah di atas.

ada 5 jenis stitches yang berbeda-beda aku guna untuk setiap huruf:

N- Scroll Stitch
I- Chain Stitch
K-Jelujur Halus
E- French Knot
and for the nike logo aku guna Cross Stitch

benda ni aku buat bukan sebab kerelaan hati. tapi sebab esaimen yang MUST DO. sem ni aku ambik Jahitan 1. setakat ni dah 14 jenis jahitan tangan aku belajar :)

secara kesimpulannya, 

I AM PROUD OF MYSELF FOR THE FIRST TIME

Friday, August 19, 2011

Video bajet kurang: salam perantauan under the sea


video ini inspired by Abg Obefiend. oleh kerana beliau tak layan salam perantauan dari aku, maka aku ambik inisiatif sendiri

Dari kiri ke tengah dan belakang depan: Fumakilafairy (22, single), Rozitap Che Wan (45, bekas pelajar dekan, janda), Neneklofa (umur dirahsiakan tapi konpem single), Datuk Ctserkupjaring (lepas PMR, sudah berpunya) dan paling hawtt Secah Alcahya (si dara sunti yang naif)

Ucapan: mak dan bapak, kitorang rasa macam dah malas la nak belajar. kalo ada dato' kaya yang datang meminang, mak terima jela ek. Okay luv u olss.

Saturday, August 13, 2011

Thursday, August 11, 2011

ini baru betul2 1 in a MILLION






A gentleman is simply a patient wolf ~ Lana Turner

Wednesday, August 10, 2011

pengalaman ngeri di rumah sendiri

nak jadi satu hal semalam masa mok and wae (parents aku) pegi tarawikh (ye aku tak pegi) boleh pulak ada Alipes Grandidieri atau nama manjanya LIPAN (LILI)  melintas manja dalam bilik aku. masa tuh aku kat atas katil tengah karok lagu gleme Alyah Kisah Cinta kat utiup. suara aku otomatik jadi nyaring macam cikgu Linda Jasmine. habis basah badan aku sebab takut gila pig!

Lili berjalan sambil bergoyang-goyang masuk dalam katil. aku dengan dup dap dup dap keluar bilik kol 'my beloved sister',  aku tanya dia camne nak buat dengan Lili sambil menangis teresak-esak. dia cakap 'ala rilekla. dulu kat jambe bilik depe nuh pun ado lipe'. okay aku pun tenangkan diri aku dengan menengok Ana Lu'lu.

aku tak puas hati. aku masuk lagi bilik aku and cepat2 naik atas katil untuk sambung karok. Lili pun berlenggang-lenggang lagi keluar dari tikar bawah katil. aku pun sepantas kilat ambik Ridsect. nah aku sembur beliau sampai pengsan. dia gerak2 lagi. banyak betul nyawa beliau. aku sembur sampai separuh botol ridsect. aku sendiri pun dah pening.

Alhamdulillah aku berjaya melemahkan perogol Lili tersebut. aku pun ambik kayu dan aku penyek2 perut dia. HAR3 puas hati aku!

aku pun kebumikan dia dalam lubang jamban and flush!

bila parents aku balik terawikh aku pun bercerita sampai tersembur2 air liur. mereka nampak bangga dengan aku. otomatik hidung aku jadi macam Scha Alyahya.

ni bukan abang lili semalam. gila ke hape aku nak ambik gambar beliau semalam masa dia nazak.
R.I.P to abang Lili

Sunday, August 7, 2011

Dewan Bahasa dan Pustaka Trinidad&Tobago


bak kata Si Nadhu yang masih single muka aku ni fleksibel. see aku bukan saja macam Scha Alyahya tapi jugak macam 
  1. Dahlia Teck
  2. Wan Maimunah
  3. Rosnah Mat Aris
  4. Azizah Mahzan


sekian.

Thursday, August 4, 2011

macam mustahil tapi apa salahnya berangan

aku tak banyak sangat impian sebab aku suka hidup relax macam rosmah mansor bini seorang lelaki kaya yang baik hati dan tidak akan tergamak untuk memadukan bininya sendiri. WTH?

okay aku sebenarnya naaaaaaaakkkk sangat makan2 angin kat Jalan TAR overseas. tapi sedar diri ini tidak mampu. sobs. tak banyak pun tempat aku teringin nak pegi sebab aku kan suka relax. malas nak penatkan diri berjalan2. erm..

STONEHENGE
aku first noticed wujudnya tempat ni masa tengok kat wallpaper desktop komputer zaman dolu2. aku tengok tempat ni takut pun ada, kagum pun ada. aku ingat tempat ni just imaginasi artists. but then it's the one of 7 wonders of the world *impressed gila pig*
btw tahniah kepada Puan Belang kerana berjaya menjejakkan kaki ke sana :D


WISTERIA LANE DESPERATE HOUSEWIVES
okay firstly I tot this drama series was shooting at the real neighbourhood. tapi sebenor-benornya x. demm aku dapat tau benda ni after 7 seasons of DH have aired. T_T.  cerita ni sebenarnya shooting kat Universal Studio. rumah2 mereka ni sebenarnya rangka tanpa isi je. yang part2 kat dalam rumah diorang shoot kat lain pulak. banyak betei keje mereka. 


terima kasih kepada utiup sebab menyedarkan aku yang perasan minat ni. hehe..


aku rasa aku dah boleh suruh laki aku kumpul duit dari sekarang semata2 untuk penuhi impian isterinya yang gorgeous ini.

InsyaAllah within 15 years sampailah aku kesana dan kesana. bye.

Friday, July 15, 2011

ada apa dengan KELCHEFF 2011??

bakal2 peserta biggest loser peringat negeri Kelantan

sebelum makan kat KELCHEFF, kita makaaaann dulu kat sini

here are the makaaaaaann

abam sayang, ayang nak merendek sebentar

yeah KELCHEFF mesti wajib pergi jika anda di Kelantan atau mempunyai berat bawah 50kg


dah sampai dah..hmm kita nak makan apa dulu ni sayang?

perasmian oleh Tok Guru :)

replika Al-Quran

Datin Scha Alyahya

model air penawar. sesuai untuk lelaki seperti Salleh Yaacob

air penawar dengan imej yang lebih dekat


bakal2 isteri kepada dan Chef Ismail

hanya ni je yang mampu. megi and neskapi FREE

abang beca abang beca

abang rebana ubi

pelbagai ragam bentuk bekas air. beli bekas free air. 


amacam? korang bila lagi nak pergi?













Friday, July 8, 2011

ciri-ciri lelaki sejati




Dear muslim women.. most men took uncovered women only as their girlfriends and mostly juz for fun.. but when they start to think about marriage, majority of muslim men preferred a wife that covered their aurat... :)




Dear Muslim men, why do u have to treat the so-called uncovered women as for fun only? A good Muslim man shouldn't treat any woman that way, regardless of her physical appearance. Instead, you should guide her and pray that she will wear hijab too one day. Don't you think

aku selalu terfikir pasal benda ni. kenapa kaum lelaki suka sangat nak mempersoalkan pasal appearance seseorang wanita dari segi inner or outer tanpa menyedari mereka terlalu banyak lagi kurengnyaaa. sebagai contoh, masyarakat especially lelaki peringkat umur pertengahan always kununnya nak cari perempuan baik, bertudung dan paling penting still virgin. tapi aku wonder adakah mereka cukup pakej untuk demanding sebegitu rupa? are they youthful in getting the virgin?

a guy automatically hilang teruna jika si perempuan hilang dara. win win situation. so jangan nak terlalu memandang rendah pada perempuan tidak berdara jika anda pun sudah hilang teruna. 

bear in mind, a good woman just for a good man

so, kenali diri sendiri dulu sebelum demand itu ini.

one more thing yang agak klise pada seorang lelaki ialah bila nak nak cari bini, mesti nak cari yang pandai masak, pandai kemas rumah, pandai buat anak, yang alim, hormati ibu bapa bla bla bla bla bla bla bala balalabababablekship

tapi just imagine lelaki yang demanding ciri-ciri diatas ialah seorang bekas gigolo, takde kerja tetap, semayang tak cukup nak jadi imam muda jauh sekali, buat air teh pun tak pandai, campak spender merata2 dan bla bla bla lagi. 


A BIG SO, aku tak kesah korang wahai lelaki nak demand itu ini tapi cuba jadi lelaki yang baik dahulu sebelum komplen apa2 pasal kaum wanita. bimbing lah adik perempuan, kakak, bahkan ibu kita menjadi ahli syurga InsyaAllah korang akan dapat bini yang ala2 Heliza AF4 yang sempurna.



JADI, back to the title, ciri-ciri lelaki yang baik adalah 
  1. yang aku explen kat atas
  2. yang tahu kemas rumah. 
  3. tak pandai masak takpe asal tahu puji masakan bini anda bez
  4. rajin tukar pampers anak pada pukul 3 pagi hingga 6 pagi
  5. paling penting, solat cukup 5 waktu
sekian.

surat untuk kau yang dayus



Dear kau yang dayus,


please be cleared out that you have borrowed my stuff.
is it so hard to give it back??



dari aku yang memang tak ikhlas dari duluuuu lagi,
ANAH

Thursday, June 30, 2011

MOST BEAUTIFUL WOMEN ALIVE!

sambil membaca entry ini (itu pun kalau ada yang membaca), layankanlah lagu di bawah ini



for me, featured and look mereka-mereka di bawah memang AWESOME . Yes they are gifted.

Kim Kardashian. full package *i want her look desperately!


Eva Longoria a.k.a Gabriel Solis. very petite BUT gorgeous. 

Nur Fazura. sungguh comel.

ANTM founder, Tyra Banks. i adore her attitude when she gives some advices for the contestants


Liz Hurley


Erra Fazira

Neelofa the kelantanese

p/s: aku lagi suka tengok perempuan cantik dari lelaki hensem.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...