Wednesday, February 2, 2011

tentang hidup

aku rasa perasaan aku sekarang sangat bercampur gaul ibarat kuah dalca.
perasaan aku 60-40.
60-gula yang manis
40-kelat dan pahit yang tidak bisa terungkapkan. hoho..

cuma prinsip aku biar kita diguris, jangan kita mengguris hingga hujung waktu kita hidup.

hidup mesti jalan terus sebab hidup tidak semudah dan seindah yang kita sangkakan.

kerana kita semua sang pemenang



p/s: anda seorang yang bijaksana jika anda menghargai hari bersamanya.

Tuesday, February 1, 2011

mikirin masa depan gua

aku rasa life aku taim cuti mid sem mahupun cuti sem adalah sangat meaningless. sebabnya aku hanya duduk mengadap si lampitop dan makan apabila rhoma irama berkumandang di corong perutku.

lagi2 sekarang musim salji di kelantan. udara pulak sejuk. maka tidak mungkinlah sistem perpeluhan berlaku kat sistem badan aku ni. apabila takde penyejatan, maka lemak pun tumbuh merata. dem3!!

perenggan2 di atas hanya la introduction untuk sastera komsas tingkatan 3.

taim2 cuti inilah aku ada masa nak merencanakan masa depan aku(masa depan la sangat anah oii). masa depan aku tanpa melibatkan ASSaimen aku yang beribu riban. itu semua tolak tepi kerana itu hanya duniawi sahaja. har6

first and foremost yang aku fikir ialah tempat aku kena posting nanti. yelah aku kan bakal guru yang satu suara, satu hasrat dan satu semangat dan satu bla3. aku pernah tanya mak aku boleh tak nak kahwin before grad sebab nanti senang nak pilih tempat posting dekat ngan suami. hek3.(gelak gatal). bukan bermaksud aku gatal. ini kerana aku berpegang pada prinsip Suami Didahulukan, Karier Diutamakan. ngeh3.

mak aku cakap boleh je tapi sang arjuna tuh mestilah finance beliau dah steady. tapi yang aku heran kat sini ialah mak aku tak tanya pun aku dah ada calon belum. mungkin mak aku nampak aku ni muka tak laku kot T_T

then mak aku sempat selitkan nasihat sepatah dua kata. beliau bilang:

mak aku: lagi bagus kalau sang arjuna tuh kerja cikgu jugak.

aku sedikit gabra. gabra yang bermaksud.

aku pun dengan seberapa pantasnya cakap kat mak aku.

aku: pastu kesian la laki yang bukan cikgu. sapa nanti yang nak berkolaborasi ngan dorang dalam perihal tuutt dan tuutt, heh!
talian terputus

perenggan2 di atas hanyalah sebahagian daripada klimaks entry ini

pastu lepas kahwin aku berangan2 nak ada 8 orang anak. 6 lelaki dan 2 perempuan sejati. reasons aku nak ramai anak laki ialah:
  • bila laki aku tua nanti, boleh aku tatap muka anak2 aku. mestila muka dorang sama ngan muka bapak dorang taim muda2 dolu2 kan. bolehlah jugak mengembalikan nostalgia zaman bercintas
  • bila jalan2 kat shopping mall, aku nak anak2 jantan aku eskot aku. mesti dorang bangga dapat eskot bekas model yang ada iras2 azizah mahzan
  • boleh melawak kasar ngan dorang. nak tersepak terajang no hal la kalau jantan
  • boleh bangga sebab ramai anak2 dara nak ushar anak2 aku. (tabiat aku jugak sebenarnya)
aku pun dah berangan2 nak letak nama apa kat anak2 aku. tapi tak perlu la kot mention nanti ramai yang nak tiru (perasan la kau anah).

KLIMAKS

klimaks kepada penciptaan masa depan aku ialah.....



























'cik an, naufal nak berak'. anak sedara aku menyampuk. arghh next to the time la aku sambung part klimaks.

laptop+berukben+camera juga sebahagian masa depan aku

Monday, January 31, 2011

kau sangat beruntung wahai scha alyahya

aku ni jenis tak layan sangat drama2 bersiri. keutamaan cerita yang aku minat ialah genre hantu atau drama melayu dimana lelaki kaya+hensem+baik nakkan seorang perempuan yang low profile. 2 drama yang aku minat bergenre seperti itu ialah Meteor Garden (satu2 nya cerita taiwan yang aku tengok sampai sekarang) dan Awan Dania. hehe.. kalau cerita hantu pulak aku suka kalau dari buah tangan Kabir Bhatia. memang superb hantu dia. hantu dia tak hensem mahupun tak cantik.

okay berbalik kepada Awan Dania. aku memang follow cerita ni even masa kat upm. aku sanggup tunggu loading kat u-tiup berjam2 lamanya alsebab internet yang semput. aku rasa Scha ni beruntung di dalam dan luar drama. sebab..

  • dalam Awan Dania, dua2 laki smart dan hensem nak kat dia. kaya pulak.
  • luar drama, yang hensem dan smart jugak nak kat dia. ape kes?
lagi satu aku suka karakter Dania yang agak gopoh dan gila2. kalau aku jadi laki pun aku suka perempuan macam tuh. perempuan yang ayu2 ni susah sikit nak melawak. tak pasal2 terasa. hek3.

tapi lagi best asbestos kalau si Dania tukar kerjaya jadi cikgu ke. lagi nampak manis (macam aku) kan3. hehe.

pastu yang aku tak puas hati lagi kat Dania ni bapak dia pun hensem dan sporting like sport car. serious what the fish. abang2 dia pun turut sekaki bengap macam dia.

lagi satu benda yang buat aku berdarah ialah si Benjy tuh still tunggu Dania even Akmal dah masuk jarum.

dan perkara paling penting aku nak tekankan disini ialah semua yang nak kat dia semuanya hensem+kaya+baik. aku benci (sebenarnya jelez) kepada benda yang tak lojik di alam realiti.

akhir kata, setialah pada yang satu.

scha: kau tak seramping aku anah

*membe2 aku cakap kalau aku kembangkan hidung aku, muka aku secara automatiknya mirip Scha. pujian ke perlian tuuu*

Sunday, January 30, 2011

dua cerita dalam satu hari

aku baru je sampai Amareka Darul Naim pukul 5.30am waktu Kelantan. flight aku depart kat Hentian Putra pukul 9pm. ekeke.. masa beli tiket, orang trans cakap single seat. alih2 double seat dan paling syiok laki berbadan malek noor duduk tepi aku T_T.

apa yang aku nak cerita sebenarnya semalam before aku naik flight, aku bersama member aku pergi midvalai. aku memang eksaited state nak tengok cerita khurafat. sebab member2 aku cakap takut gila. tambahan pula aku memang die hard fan cerita2 tahyul macam ni.

aku dengan bangganya q untuk beli tiket. aku bangga sebab time tuh tak ramai lagi homo sapien berlegar-legar di midvalai. pukul 11.45am aku masuk dewan gelap dan cerita pun start. dan selepas satu jam setengah hantu keluar masuk, cerita pun habis.

kalau dalam skala ketakutan 1-10, aku boleh bagi 4 la. tak takut sangat pun. aku tunggu jugak part nak jerit pastu sambil terpeluk2 mamat comel tepi aku. tapi scene tuh tak kunjung tiba. har3. aku andaikan muka aku masa tengok movie tuh seumpama aku tengok cerita awan dania musim ke-3.

petang masih muda. membe aku cakap dia nak tengok Haq pulak. aku tak kesah sebab pitis wang ringgit dia. aku bermonolog, 'camne la dia ni boleh terfikir nak tengok cite ni'. kewujudan cerita tuh pun aku tak tahu. movie tuh showing pukul 2. masuk la lagi aku dalam dewan gelap. before start cerita, macam biasalah ada role play nama2 pelakon. nama Raja Farah menari2 keluar kat screen. aku dah menjeling tajam dah kat membe aku ni. even drama pun kalau Raja Farah yang acting, sure2 aku tak tengok. aku takleh nak feel cerita kalau beliau yang act(kau macam bajet bagus je anah).

belum separuh cerita lagi membe aku yang beriya2 nak tengok cerita tuh tadi dah tertido2. aku kuatkan jugak mata aku sebab aku mengenangkan tak berbaloi untuk tido dengan RM12 satu kepala.
cerita ni selamat sebab ada Ady Putra. selamat sebab body dia hensem. har5. kalau dalam skala keboringan 1-10, aku boleh bagi 10.00. untuk movie ni pulak, aku andaikan muka aku macam tengok tv yang lupa nak tekan button ON.
-sekian. aku nak sambung tengok Nona-

*masa tengah suspen tengok khurafat, tiba2 ada budak jerit kat bapak dia, "papa takde pun hantu!" *

Sunday, January 23, 2011

begitulah flashback saya


aku suka lagu ni. tapi kalau nak dikira semua lagu sheila aku suka. lagu ni speselicious sikit sebab ia ibarat flashback hidup aku.

pisang boleh berbuah dua kali. tapi kalau berkali-kali boleh sawan aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...