lagi2 sekarang musim salji di kelantan. udara pulak sejuk. maka tidak mungkinlah sistem perpeluhan berlaku kat sistem badan aku ni. apabila takde penyejatan, maka lemak pun tumbuh merata. dem3!!
perenggan2 di atas hanya la introduction untuk sastera komsas tingkatan 3.
taim2 cuti inilah aku ada masa nak merencanakan masa depan aku(masa depan la sangat anah oii). masa depan aku tanpa melibatkan ASSaimen aku yang beribu riban. itu semua tolak tepi kerana itu hanya duniawi sahaja. har6
first and foremost yang aku fikir ialah tempat aku kena posting nanti. yelah aku kan bakal guru yang satu suara, satu hasrat dan satu semangat dan satu bla3. aku pernah tanya mak aku boleh tak nak kahwin before grad sebab nanti senang nak pilih tempat posting dekat ngan suami. hek3.(gelak gatal). bukan bermaksud aku gatal. ini kerana aku berpegang pada prinsip Suami Didahulukan, Karier Diutamakan. ngeh3.
mak aku cakap boleh je tapi sang arjuna tuh mestilah finance beliau dah steady. tapi yang aku heran kat sini ialah mak aku tak tanya pun aku dah ada calon belum. mungkin mak aku nampak aku ni muka tak laku kot T_T
then mak aku sempat selitkan nasihat sepatah dua kata. beliau bilang:
mak aku: lagi bagus kalau sang arjuna tuh kerja cikgu jugak.
aku sedikit gabra. gabra yang bermaksud.
aku pun dengan seberapa pantasnya cakap kat mak aku.
aku: pastu kesian la laki yang bukan cikgu. sapa nanti yang nak berkolaborasi ngan dorang dalam perihal tuutt dan tuutt, heh!
talian terputus
perenggan2 di atas hanyalah sebahagian daripada klimaks entry ini
pastu lepas kahwin aku berangan2 nak ada 8 orang anak. 6 lelaki dan 2 perempuan sejati. reasons aku nak ramai anak laki ialah:
- bila laki aku tua nanti, boleh aku tatap muka anak2 aku. mestila muka dorang sama ngan muka bapak dorang taim muda2 dolu2 kan. bolehlah jugak mengembalikan nostalgia zaman bercintas
- bila jalan2 kat shopping mall, aku nak anak2 jantan aku eskot aku. mesti dorang bangga dapat eskot bekas model yang ada iras2 azizah mahzan
- boleh melawak kasar ngan dorang. nak tersepak terajang no hal la kalau jantan
- boleh bangga sebab ramai anak2 dara nak ushar anak2 aku. (tabiat aku jugak sebenarnya)
KLIMAKS
klimaks kepada penciptaan masa depan aku ialah.....
'cik an, naufal nak berak'. anak sedara aku menyampuk. arghh next to the time la aku sambung part klimaks.
laptop+berukben+camera juga sebahagian masa depan aku
No comments:
Post a Comment