aku dapat rasa apa yang aku buat tu salah.
tapi hati aku menafikan.
sebab ada makhluk kau yang lain mendampingiku dengan erat.
aku leka, kau masih ingat aku.
sedangkan aku hanyut dalam perkara yang tidak pasti.
semakin aku dekat dengan mereka,semakin aku menjauhkan diri dengan kau.
semakin banyak imbuhan dosa yang lain aku dapat.
kau terlalu baik.
aku tak pernah sedar.
maafkan aku.
kau terlalu pemaaf.
aku tak pernah nak menghargai.
maafkan aku.
kau terlalu mengingati.
aku tak pernah nak ingat.
maafkan aku.
kau terlalu penyayang kepada hamba2 kau.
tapi adakah aku di antaranya?
setelah banyak manfaat yang kau berikan.
aku tak pernah nak pandang.
lagikan untuk bersyukur.
TAPI
aku tahu manusia boleh berubah.
terima kasih kerana selalu mengisi
kedukaan aku,
kesepian aku,
keperitan aku.
kerana kau, aku masih boleh bertahan.
terima kasih.
aku harap kau akan selalu dekat dengan aku hingga ujung waktu.
jangan biarkan makhluk-Mu yang tidak bermanfaat mendampingi aku.
aku harap perubahan ini biarlah berkekalan.
lindungilah aku.
I LOVE YOU.
nota sipi2: tajuk entry memang tak berkaitan. sekadar untuk mengimbangkan perkara dunia dan akhirat.
tapii megi tomyam memang shedappppp. nyoma3 slurpppp
No comments:
Post a Comment