Monday, December 13, 2010

makin dewasa makin menjaga

actually entry ni ditulis sebab mamalia berikut bersuara :


nak kurus mudah je kalau guna cara supernatural macam Dr. Rambut Cendawan a.k.a Dr. Rozmey. tapi saya bangga dengan veliau sebab veliau orang kaya kelantan. agak2 dengan pujian yang seberapa ini bolehlah veliau bagi pitis. pitis untuk beli D90 :)

dengan vangganya Dr. Giant nak bagi tips2 nak kurus dengan jayanya.
1- mulakan hari anda dengan cereal or something yang high-fiber macam Quaker Oat. amy mastura pun pasti bersetuju dengan kaedah ini. berekfas sangaat penting dan jangan skip sebab bila anda skip, metabolism rate badan jadi rendah dan harapan gemuk semakin bertambah. yeay! dan jangan pula lepas tuh pergi bantai nasi kononnya kesian dengan mak anda yang susah2 masak makanan UNTUK TENGAHARI.

2- pukul 10 keatas gerenti perut kita kembali berirama kasidah cinta. time2 ni bolehla makan benda ringan macam roti. kalau boleh elak roti putih sebab roti putih tinggi karbohidrat. ambik 2 keping cukupla. lagi bagus kalau makan Breakthru Gardenia sebab kurang kanji tapi roti ni mahal amat. biasalah benda molek.

3- wohooo lunch time. i loikeeee!! time ni anda digalakkan makan nasik. tipulah kalau artis2 cakap ambik sesenduk sudah memadai. bagi saya sangat taaaakk cukup kalau sesenduk. kalau nak ambik sesenduk pun, pilih senduk yang surface area besar. hehe. digalakkan anda ambiklah sesenduk lebih sikit la. pastu makan sayur banyak dan makan ikan bakar. kalau ayam bakar pun still produce banyak lemak. dan kalau rajin letak asam limau dalam nasik. lagi masam lagi bagus. fungsinya ialah membakar lemak kesayangan. oh lupa sebelum makan nasik, minum segelas air masak dan makan buah. SEBELUM BUKAN SELEPAS.

4- lepas kenyang melantak, jangan tergesa2 nak minum air. tunggu at least sejam setengah. cara ni memang efektif nak reduce perut macam afdlin shauki. oleh itu, kalau makan kat luar tak payah order air. yelah takkan anda lepas sampai berjam2 kat situ kan. besides that, duit pun jimat.

5- dah petang2 sikit, konpem perut kembali menggedik manja. boleh makan roti or biskut. biskut yang bagus untuk diet ialah biskut Jacob's Low Salt Hi-fibre. cicah teh less sweet just nice.

6- dalam pukul 5.30 (kalau takde kuliah), janganlah membina lemak dengan terbongkang atas katil. macam saya, menarilah poco2. kalau tak ingat steps, blaja kat youtube. video porn boleh ushar, takkan ni tak boleh kan3. hoho.. ajak roomate skali atau mak bapak anda sebagai mangsa.

7-dah exercise. keringkan peluh pastu mandi. seelok2 nya mandi sebelum maghrib dan mandi air panas. sunnah Nabi yang memang boleh tolong bakar lemak korang. dah mandi, silalah makan untuk dinner. sebelum pukul 7 tau. kalau boleh, pilih meal yang lain dari lunch macam mihun sup. bergoreng pun boleh tapi berpada-pada. yang penting sayur dan buah yang banyak.

ni hanyalah basic tips. banyak lagi tips yang ada tapi malas la nak tulis satu2. tu je kot. tata!

nota bukan dari Dr. Rozmey : budu adalah potensi untuk gemuk sebab sekali makan, konpem nasik akan ditambah2 di luar sedar otak manusia normal. shame on you budu!

last and least : i am experimenting myself by practicing tips above and i lost 9kgs within 2 months. yes i am proud. seriously babai loser.

3 comments:

Hady83 said...

9kg dalam dua bulan? wow!!! pasti mengigil bila masuk dewan kuliah tu...dulu pernah cuba turunkan berat dalam 3kg(dua bulan) pun dah menggigil giler dalam dewan kuliah...lepas tu tobat xnak kurus lagi dah...hahaha...

keorenan said...

brapo berat mg loni?ahaks

Unknown said...

hady: haha jangan la smpai gigil. kene makan tapi kontrol. tapi kalau gigil tu tanda lemak is burning. :)

alyak: berat loni?lamo dh xtimbe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...