Saturday, March 17, 2012

Mungkin niat aku baik tapi cara aku salah.
Cara baik aku selama ini dipandang enteng.
So...





SAYA KUAT!!!

Wednesday, February 15, 2012

Benda yang menjadi favourite aku

Hidup kat dunia ni ofkos la kita akan ada benda or perkara yang kita suka mahupun tidak suka. Aku tak nak listkan benda yang buat aku meluat tapi benda yang buat aku suka gila!


1- Aku maha suka gila bila ada manusia ke benda yang berbisik2 sambil gelak2 depan aku pastu pada masa yang sama tengok2 aku. Gila suka aku melihat telatah sebegitu rupa. Habit macam ni patut diteruskan.



2- Aku juga gemar bila orang komen aku DEPAN2 ORANG RAMAI pasal baju aku tak matching dengan tudung, or pasal aku makin gemuk ke besar ke atau perkara2 lain yang bermaksud seperti "Anah kau ni kan kera lagi lawa dari kau tahu!". Aku rasa macam bahagia je bila boleh dengar orang puji aku camtu. Terharu nak mamp.



3- Aku also juga gembira bila dengar seekor manusia atau lebih memandang rendah kepada seorang manusia yang lain. Sebagai contoh " Eh Anah kau biar betul boleh bawak lori. Bawak LRT pun senget2 je aku tengok. Hahaha (gelak bersama berekor2 manusia yang lain)" . Contoh yang lain "Kau nak naik moto pergi Afrika Utara sorang2? Macam tak caya je aku. Kau kan anak manja". Aku rasa bahagiaaaaa je dengar bila dilemparkan kata2 nista sebegitu rupa. Bukan senang wei orang nak pandang rendah kat kita. Kita? Aku la.



4- Aku juga akan melompat keriangan bila aku message benda penting kat someone ni tapi beliau tidak reply. Part paling best bila jumpa face to face pun dia buat donno pasal message tersebut. Seronok gila moment macam ni. Gimme 5!


#Sarkastik aku dah jadi macam blog amenoworld 

Friday, January 20, 2012

tak usah tunjuk baik yang berpura-pura

jenis manusia kat #facebook ni macham-macham. aku tak kesah pun jenis manusia apa sekalipun tapi aku paling benci jenis perempuan yang suka up status menunjukkan beliau ini seperti wanita di bawah lindungan kaabah. contohnya:

#1 : " perlukah kita menunjuk 'in a relationship' dengan pak/makwe kita sedangkan di dalam Islam couple itu
         haram and bla bla bla.......................................

#2 : " aku harap aku dapat balas jasa kedua ibu bapaku dengan pelajaran walaupun mereka tidak  mengharap  
         apa dari aku baaa baa babablekship..............

#3: " saya tidak memilih dalam mencari pasangan cuma inginkan yang terbaik malah direstui ibu bapa dan
        boleh menjadi pembimbing yadda yadda yadda bla bla.........


ok the point is aku tak kesah nak wateva status or link tapi bialah seiring dengan apa yang dinampak kat wall fb or life yang sebenar. like this:

status #1 tuh nak cakap pasal relationship tak baik la hareem la tapi pada masa yang sama tetap layan komen2 jans yang tak dikenali seperti 'thanx for the add'/ 'salam perkenalan' and bla bla bla. pada masa yang sama jugak suka mekap tebal2 n aplod gambar kat fb or buat photoshoot. pastu tunggu sang2 lelaki komen cakap 'cantiknyaa awak' then si awak ni akan reply 'eh mana ada biasa2 je'. DANG!!!

status #2 pulak nak mention betapa baiknya dia sebagai anak. okay anak yang baik perlu dispread kan kepada orang ramai supaya orang ramai tahu betapa mulianya dia nak balas jasa kedua ibu bapanya. ok now i know.

status #3 sangat ngerimeluatjengkel sangat la aku rasa. okay ada ke perempuan nak laki penagih dadah, peraba mahupun segala jenis pe sekalipun? benda tuh tak perlu la nak bagitau dunia sebab semua orang pun mahukan yang terbaik untuk pasangan hidup. pehal skema pulak ayat aku ni. aahh ape2 jela.


yang aku tahu perempuan yang betul-betul alim takkan show off diri di dalam fb

Saturday, December 24, 2011

sudah boleh kawen ke?

hehe finally sem 5 dah habis. tapi final exam coming soon yaww. dang! dari sem 1 sampai sem 5, aku rasa sem 5 la paling busylahsangatwoi. weekend aku ibarat lembu dicucuk hidung. kesana kemari mengikut hawa nafsu assignment yang tidak berkesudahan.

sem ni memang aku jarang gila berjimba-jimba kecuali hanyalah pergi ke Pasar Malam Sri Serdang membeli ayam dinasour (betul ke eja?) yang berharga RM2.50 T_T

assignment yang paling mencabar kewibaawaan pelajar cemerlang seperti aku


dalam ni ada lebih kurang 65 sampel jahitan yang aku kena siapkan for the whole sem. ada siapa2 berani ke nak cakap 'ala setakat 65 je pun tak sampai 100 lagi' ?

ketebalan folio ni lebih kurang sama tebalnya dengan mulut akak Ning Baizura

nak tahu lepas siap folio aku ni, aku asyik belek2 je folio sambil mengatakan rajinnya aku ini. konon angkat bakul tapi tak naik2 la. sebab berat kot.

dalam banyak2 sampel yang aku buat. 2 kat bawah ni paling azab. mahunya lebih 10 kali aku tetas. yelah tetas menetas ni memang hobi aku. 

yang sampel ni memang aku kena redo. nampak macam skirt baby yang tak cukup bulan kan? comel macam aku bo dowh skirt ni. ahha angkat bakul lagi!


hanya jauhari mengenal manikam. nama sampel ni leher manikam kot. aku pun dah lupa. yang ni aku tetas sampai menjilat jari slurppp!



bosanlah cakap pasal assignment



Thursday, December 8, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...