Saturday, December 24, 2011

sudah boleh kawen ke?

hehe finally sem 5 dah habis. tapi final exam coming soon yaww. dang! dari sem 1 sampai sem 5, aku rasa sem 5 la paling busylahsangatwoi. weekend aku ibarat lembu dicucuk hidung. kesana kemari mengikut hawa nafsu assignment yang tidak berkesudahan.

sem ni memang aku jarang gila berjimba-jimba kecuali hanyalah pergi ke Pasar Malam Sri Serdang membeli ayam dinasour (betul ke eja?) yang berharga RM2.50 T_T

assignment yang paling mencabar kewibaawaan pelajar cemerlang seperti aku


dalam ni ada lebih kurang 65 sampel jahitan yang aku kena siapkan for the whole sem. ada siapa2 berani ke nak cakap 'ala setakat 65 je pun tak sampai 100 lagi' ?

ketebalan folio ni lebih kurang sama tebalnya dengan mulut akak Ning Baizura

nak tahu lepas siap folio aku ni, aku asyik belek2 je folio sambil mengatakan rajinnya aku ini. konon angkat bakul tapi tak naik2 la. sebab berat kot.

dalam banyak2 sampel yang aku buat. 2 kat bawah ni paling azab. mahunya lebih 10 kali aku tetas. yelah tetas menetas ni memang hobi aku. 

yang sampel ni memang aku kena redo. nampak macam skirt baby yang tak cukup bulan kan? comel macam aku bo dowh skirt ni. ahha angkat bakul lagi!


hanya jauhari mengenal manikam. nama sampel ni leher manikam kot. aku pun dah lupa. yang ni aku tetas sampai menjilat jari slurppp!



bosanlah cakap pasal assignment



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...