Wednesday, June 1, 2011

kenapa agaknya

aku sering terfikir kenapa orang yang usaha gila2 tapi hasilnya kurang berbanding dengan orang yang rilek2 buat kerja last menet tapi hasilnya gila babes punya.

macam contoh Nora budaknya komited kalau buat keje. misalnya kalau lecturer suruh submit assaimen minggu depan, dia minggu lepas dah siap sebab habit beliau yang tak suka buat keje dalam keadaan kelam kabut dan dia nak everything's perfecto. manakala Elena pulak ibarat procrastination is her middle name. assaimen pulak submit lambat 2,3 minggu dari dateline.

tapi hasilnya...

carry marks Elena is higher than Nora

contoh yang lain pulak bila Zamatul Amri sanggup bangun awal pagi sebab nak register course, tapi ada hal yang menghalang. Yus Edo yang blur2 tak tahu apa2 dengan mudahnya dapat register tanpa perlu susah2 bangun awal pagi.

can you see that? its like life is unfair for those who have lotsa effort.

a lot of unfair things happened actually.


thinking about this makes me moron

the conclusion is we need to relax and procrastinate all things for a better result.


p/s: kisah di atas adalah rekaan berdasarkan yang benar

Tuesday, May 31, 2011

HOT FROM JOGJA

THANX GEB FOR BOUGHT ME THIS





yes. this is Geb a.k.a Alyak. she is very slim, solid and berdagu runcing like Sharifffah Ainii

katanya dia ponteng class semata-mata nak beli ni. takpe ponteng sebab kawan is very honourable thing in the world. *tergaru*


oh geb we have been friends for 18 years and counting

11 years of dreaming

pukul 6 tadi lepas mandikan Naufal yang suka sangat cakap aku ni hodoh and masak tak sedap, aku nonton lah Oprah Winfrey Show kat Diva. Oprah ni well known la kan suka bagi seprais kat fans dia. pastu yang best asbestosnya episod kali ni, Opah Oprah bawak BSB jemput die hard fan dorang kat epot. aku yang tak bape minat BSB ni pun tergaru terharu melihatkannya.


pastu tiba2 lak aku teringat impian 11 tahun aku yang lebih kurang sama. sapa lagi kan yang dah lama aku mimpi2 nak jumpa. mestilah Hamid Gurkha  abang2 Sheila On 7 aku. ppffftt <--- wut does it mean actually?

ingat lagi dolu2, pantang nampak poster ke gambar SO7 kat magazine mesti aku cut and paste pastu taruk dalam file (yang niat asalnya nak letak notes UPSR). dah lepas belas2 tahun, aku dah tak ingat kat mana aku letak file tuh T_T. 

bukan itu je, kalo lepas mandi, bukak2 almari nak ambik baju ke, ha nampak poster dorang dulu. tatap2 dalam 10 minit barula aku tergerak hati nak pakai baju. potato crazy (gila kentang).

aku pun berangan rangan la situasi bila Oprah pun buat seprais macam tuh gak kat aku :D (masalahnya akak Opah kita ni kenal ke SO7)




situasi anganan di atas ialah dimana aku imagine bila aku bangun tdo pukul 10 pagi, tiba2 aku nampak Brian, Adam, Sakti, Anton, Eross dan Duta tunggu aku untuk brekfes sambil yelling 'anah sudah siang baru bangun!' 'Anah seprais. Wah mukamu tampak anggun sekali walaupun baru bangkit dari kamar'. 

even Anton and Sakti dah blah, I am still missing u both :)


Jalan Terus bersama Sheilagank Hingga Ujung Waktu

Thursday, May 26, 2011

JANGAN ADD ARTIS

hello hello hello to all my none readers outhere!

sekarang aku cuti sem dan berada di Klang. tapi itu tidak bermakna aku hidup bersenang lenang. kakak aku baru deliver seyken baby boy beliau. makanya aku harus jadi bibik sementelah dia berpantang. hatta sudah sepurnama aku tak balik Kelate. aku bukan nak cerita aktivitas aku masa jadi bibik sebab hal itu tidak menarik untuk dikongsikan (next entry mungkin ada).

hal yang tak lain dan tak bukan mestilah pasal fekbuk. har3. aku sebenarnya memang dah lama menyampah dengan kekoyaan sorang budak junior sekolah aku dulu ni. tapi aku takdelah sampai remove dia sebab aku rasa 'kemenyampahan' aku kat beliau menjadi satu hiburan . hahaha.

hiburan aku berdarab2 bila aku bukak info dia yang part About Me. aku rasa dia macam assume fekbuk ni adalah satu agreement rasmi kerajaan semacam agreement PTPtipu. ngeh3..
siap letak barcode bagai and siap mention sapa2 yang add dia tapi tak friendly, automatikali akan diremove. makngahmakngah.. bawah barcode tuh pulak siap tulis:

© Official Facebook Page


mungkin ramai yang buat fake profile under nama dia kot. maklumlah model freelance. keh3..


haaa tak habis lagi aku memuji. aku pun ter'usha' sorang membe dia. agagagaga sama jugak stylenya tapi yang ni DOUBLE TRIPLE artis-like. takut gilasiyal aku nak add (menggigil-gigil ketiak aku).

yang ni pun ada barcode jugak. tapi lagi advance:

✔ Verified Account Official

beliau mungkin salah seorang pendatang baru artis realiti TV yang aku tak kenal. keh3. dan dan dan dia siap numberingkan sapa2 yang dia nak apruv. kecewa gila aku sebab aku takde dalam ciri yang dia listkan tuh. dem3!!!


As if you want to know I would only approve,
1. My friends.
2. Family members
3. Photographer
4. People I knew only to be in my list.

If you don't have any criteria as listed above, better DON'T.

Please refer to second paragraph. It's obviously I won't APPROVE if i don't know you. Please stop adding me if you just want to 'investigate' my wall and my pictures. It's annoying. Please stress on it. Thanks.

NAMPAK TAK TUU.. ramai gila KOT stalker dia. Fizo Omar yang hensem berasal dari Kelate pun tak tulis macam tuh kat info dia. STRESS ON IT okay!

okay kat bawah ni ayat last info dia.

hello my friends. for now this profile will not be open to the public, there is a problem that can not be avoided.

HEHEE.. page fekbuk aku pun aku buat private tapi takdenya aku nak heboh2. ngeh2. satu lagi bang bukan be open. be opened. grammar salah tuh bang. ekekeke..



p/s: kalau baby berak dalam kain lampin, bilas dulu before masuk dalam mesin.

Sunday, May 15, 2011

Kelantan with LOVE



Jangan diusik suis kemarahan dengan sikap-sikap yang tak boleh diterima akal...
dan jangan anggap manusia Kelantan ini barang cercaan dan mainan orang-orang yang bangsat...
Setiap darah yang mengalir di dalam manusia Kelantan ini adalah berwarna MERAH...

MERAH THE RED WARRIORS


p/s: quote ni ambo ambik dale fb. tok ingat namo owner dio. kepada owner quote ni, anda sangatlah bergaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...