Sunday, December 26, 2010

konflik sabun basuh baju

saya kalau kat upm basuh baju dengan tangan. basuh sental perah dah jadi asam geram. tak heran kalau tiba2 ada muscle kat lengan ni hah. tapi kalau dah balik rumah @Kelantan tercinta, oskof la basuh dengan mesin.

kitorang kat rumah (saya+mak+ayah), basuh baju asing2. yang menjadi konflik kat sini, baju yang saya basuh TAK SEWANGI macam baju mak saya basuh. saya guna sabun macam mak saya guna. tapi hasil kurang memuaskan.

first trial saya, ialah guna sabun ni :


saya bukan nak kondem tapi memang tak wangi sabun ni. maybe fungsinya menyah kotoran je kot.

saya pun ushar2 lagi kat tepi2 mesin basuh. kot2 ada lagi sabun yang wangi macam mak saya guna. haa jumpa yang ni pulak :


tapi saya masih FAIL sebab baunya tak sama macam bau baju2 mak saya. saya syak mak saya sorok sabun basuh yang dia guna. saya pun buat muka toya g tanya mak saya pasal rahsia baju beliau yang wangi :

saya: mak mak.. mak guna sabun apa ye. baju bau semacam je?
mak: mak guna yang ada kat tepi mesin tuh jela

saya tahu mak saya tipu. saya usaha jugak cari sabun yang berkenaan.

AT LAST JUMPA!!

nampak tak kedudukannya yang macam main sorok2?

tak mungkin lah mak sorok. tapi nape Downy tuh macam elok je kat situ. dengan machonya saya habiskan setengah botol Downy tuh untuk basuh barang tiga segi dan bersegi2.

yes gua puas hati!


Saturday, December 25, 2010

angan-angan mat jenin

dulu-dulu saya mengaku saya memang bodoh dan malas bab2 belajar buku serius. tapi rajin bab2 belajar buku harga RM 4.80 (komik shinchan). tak pernah jugak bercita2 tinggi sampai g over the sea. setakat ada degree gaji 2, 3 ribu pun dah orait. cari laki kaya lagi orait. hek3.

pastu skang rasa jelez bila tengok membe2 seangkatan belajar sampai negara orang and tengok dorang aplod pica2 yang ada salji and autumn. fuhh. kalo kat malaysia ni hanya mampu ambik gambar ada bekgroun sampah2 or daun2 kering yang menunggu masa nak disapu. T_T

lagi rasa berair hidung bila tengok mereka yang pandai tuh apdet setatus kat fakebuk pasal journey dorang ke tempat yang saya pun tak tau. contohnya macam ni :

(klik untuk tumbesaran)

saya nak sebut word tuh pun saya tak pandai. nama tempat pun dah ganas. manusia di atas cakap cara nak sebut edinburgh ialah 'edinbur' bukannya 'edinbuf'. sekali lagi penampakan kebongokan saya T_T

kalau tulis setatus macam di atas ramai je nak like and comment. try tengok kat bawah ni pulak. lagi sadis :

(klik untuk tumbesaran)

saya acah2 la kononnya nak g NZ tapi dorang tak caya sikit pun. T_T. mungkin mukaku ini takde ciri2 bijak pandai kot. T_T

saya pun try buat setatus yang merendah diri sikit :

(klik untuk tumbesaran)

lagi sedih sadis berkudis. takde respon langsung T_T

moral of the story belajar lah bersungguh2. nanti boleh menunjuk2 kat membe2 anda kehidupan anda yang bez di luar sana.

buku 555: penah kenal seseorang yang tolak tawaran JPA untuk program luar negara sebab sayang nak tinggal kekasihnya yang dah jadi ex dia sekarang. ada jugak manusia butthurt macam tuh.

Thursday, December 23, 2010

lisa surihani dan hanis zalikha

anda perasantan tak, kalau blog walking kat mana2 blog, mesti blogger2 seantero malaysia akan bercerita pasal dia ni :

dia nganga pun nampak cantik. agak2 kalau nganga masa tido lagi cun kot

dan dia ni :

ehem2 pic ni diambil masa jumpa hanis kat wedding my cousin. face-to-face pun memang cantik.

takde pulak yang nak bercerita pasal dia ni :

kesian kat dia kan? duduk dalam zoo memangla orang wat dek je. takpe anahkuneng loves you mmuah3!

dan ayat2 para blogger lelaki mesti akan ada 'dorang2 ni awek aku' atau 'her boyfriend-to-be'. 'saya jelez tau!', kata orang utan di atas. hoho tata!

nota gugugaga : selamat ulang-ulang tahun ke 21 my bestie, Nizaitul Fatimah. love you less :D

Tuesday, December 21, 2010

senyum

kategori senyum :

1) :)
yang ni senyum tak nampak gigi. dan tidak menyepetkan mata. ibarat senyum itu sedekah. senyum kepada orang yang tidak dikenali

2) ;)
sama seperti no 1 tapi satu mata dikenyitkan. yang ni nampak lebih sweet dan boleh ditujukan kepada orang yang dikenali.

3) :D
senyum gembira amat. ini bukan kategori senyum dah. ni macam gelak sakan. ibarat gelak lepas tengok lawak din beramboi.

4) :p
gaya gedik iaitu nak senyum ke nak tunjuk lidah. 2 dalam 1. sesuai untuk flirt atau bila anda terover bergurau. so nak cover balik boleh la buat senyum macam ni.

5) :-*
senyum dalam hati. sesuai untuk keluarga dan kekasih halal sahaja. mmuah!

di speaker lapitop sekarang berkumandang untuk kali ke 121 lagu
Hari Bersamanya-Sheila On 7
mood senyum saya: :)

ermm ada lagi ke jenis senyum yang lain?

Saturday, December 18, 2010

mereka malu tapi mahu

percaya atau tidak. selepas 21 tahun, baru tadi pukul 9 pagi bersamaan 18 disember 2010, saya pertama kali menginjakkan kaki ke Zoo Negara. soo sweet. bermakna saya dah terpisah dengan membe2 saya kat dalam zoo sana since I was born easily through my mom's womb. oh i never meant to hurt you babeanimals. sambil berjalan2 berkenyit2 mata, saya dapat captured satu pica yang menarik. inilah dikatakan cinta yang malu tapi mahu.

(klik untuk tumbesaran)
zebra gegel: ala abang ade minah comel tengok kita pulak
zebra boboy: ala buat2 dunno jelah sayang.
minah comel: auwww i tak nampak u!

mereka pun tahu malu. kita manusia? jeng3

video khas untuk gegel and boboy dari minah comel :) dengan ucapan semoga berjaya dengan usaha anda.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...