Saturday, November 20, 2010

information melambangkan anda?

seringkali bila saya buka wall friends saya kat fakebook, saya akan baca apa yang ditulis kat petak kecik bawah profile pic. saya pun tak tahu nak guna term apa. macam2 yang ditulis. tapi bagi saya apa yang ditulis tuh melambangkan peribadi atau perasaan seseorang itu. benda ni sama jugak ngan status tapi benda ni statik lama sket kat wall and less attention from people. kalau yang jenis sokmo online, benda tu akan selalu bertukar macam superman (takde kaitan). sebagai contoh :

ini contoh ayat yang ditulis dalam petak kecik tuh. almost people ignore tapi saya kan suka melihat gelagat manusia. benda2 kecik macam ni pun menarik untuk dikongsi. maaf kepada mangsa fakebook di atas.

selalunya kalau yang berkapel tuh akan menunjukkan kesweetan mereka. auw3 sweet you. dah melalut. contoh kalau jenis yang berkapel :


ada jugak yang jenis sempoi. yang ni memang saya suka sebab menunjukkan dia ada life yang energetik. hoho.. selalunya orang yang sempoi ni tak menunjukkan masalah dia kat fakebook. contoh lagi :


nampaknya petak memang lebih baik dari belang.

untuk golongan married pulak benda yang ditulis mesti berkisar current life. mereka akan relate pasal family dorang. soo sweet. jiwang lepas kahwin adalah sangat comel. oh my dream (mata bersinar-sinar). contoh lagi :


adeh ternampak pulak married to whom. sorry kakak. hehe. adalah amat tidak sesuai jika yang sudah married meletakkan ayat syok sendiri di dalam petak tuh.

emm bagaimana pula dengan yang single?ngehehe. yang ni no comment sebab gaya penulisan mereka tidak spesifik. tapi ada jugak aritu saya terjumpa yang tulis 'bila aku nak ada pakwe ni'. wall itu tak sempat saya nak print screen sebab empunya wall dah delete. hehee.. contoh lain :


hmm.. hmm tuh macam nak cakap 'aku tak tau nak mencarut apa'. maybe kalau bercouple lepas ni mangsa di atas akan tulis 'hanya kau di hatiku sayang'. hahha.

kalau yang jenis alim pulak? saya suka tengok orang2 alim ni. boleh bagi contoh ke arah kebaikan. tak gitu? contoh lagi dan lagi :


dapat jugak manfaat and message dari mereka yang alim2 ni.

maaf ye kalau saya terprint screen wall2 anda. hanya sebagai contoh. terima kasih.


Friday, November 19, 2010

bila mood setandi datang mengacau mood study

esok dua paper last. bukan newspaper. ni paper final yang bakal menentukan hala tuju profesion perguruan di Malaysia. eh ape ni. ok serius. esok paper yang paling diminati ramai iaitu fizik am and consumer studies. meh saya describe satu2 pasal 2 subjek pembunuh pointer.

fizik am/general physics : benda yang paling saya benci lepas Israhell. subjek ni macam takde motif. soalan paling b****h yang pernah saya buat ialah 'kenapa kalau kita berpayung semasa hujan, kita tidak akan basah kalau berdiri secara statik. tetapi kenapa kalau kita berlari dalam hujan, kita akan terkena tempias air hujan'. what the fish in the tank of the soalan is this? dah kalau lari memang la basah. duduk diam2 konpem tak kena air. soalan macam tuh pun nak tanya. nak je jumpe Einstein cakap kat die "hai awak, awak reka rumus panjang2 gedabak pastu awak mati'. haish.. lama2 belajar benda ni rambut pun boleh jadi putih alfro macam dia.

pengajian pengguna/consumer studies: subjek ni bunyi macam cikai tapi bebelan yang terdapat di dalam nota boleh buat mulut berbuih2 macam sabun Daia. tapi subjek ni ada jugak manfaat dia sebab kita boleh tahu hak kita sebagai pengguna. subjek ni juga boleh menambahkan keberanian untuk bersuara kalau tak puas hati dengan barang yang sudah dibeli. tapi bukanlah bermaksud subjek ni ajar camne kau nak mencarut dengan penjual pulak. actually banyak je akta perlindungan pengguna. (saya tak ingat). jadi kalau rasa tak puas hati dengan penjual boleh je guna ilmu tuh untuk tuntut keadilan. sebagai contoh :

pengguna perasan bijak : apek, ari tuh saya beli biskut tiger tapi balik rumah baru saya sedar dah expiry date. saya mau mintak ganti rugi berdasarkan akta bla bla bla bla

apek yang bajet : mana besekut tuh?

pengguna perasan bijak : sudah dalam perut la apek. lagi mau tanya

apek yang bajet : lu kata sudah expali date. lagi boleh makan.

pengguna perasan bijak : saya makan sebab saya kesian sama biskut tuh. lagi lama simpan lagi expired la apek.

apek yang bajet : bolooohh

kesimpulan : makanlah beras aranab mas

dah boring2 ni saya try googling gambar2 menarik untuk diconteng sementara menunggu mood study datang. terjumpa la satu mangsa ni.


sorry ye makcik. saya ambik gambar awak untuk diconteng. prom prang pom pang guu egruudd dhrii slsur slslsehekwo maka siaplah lukisan kreatif saya menggunakan gambar mangsa di atas. ready?

10
.....

.....












tak payah countdown lah.


tak payah puji2 dalam hati. saya memang kreatif. yawww!!!

nota tangan : nak sambung packing barang walhal mood study tak datang lagi. chooo chooo trainnn

Thursday, November 18, 2010

tag dari miss Lilo loloolo

1) Apa yg sedang bermain di fikiran anda sekarang??
exam falsafah pendidikan. Socrates, Plato, Aristotle.. Micheal Jackson, Awie, nasi kak wok, kb mall eh lari topik pulok.

2. Apakah nama samaran anda?
kuneng, anah, sanah, baronah, boron, but I LOVE3 when people call me Hasanah :)


3. Senaraikan 3 orang yg anda sayang.
- mok n wae de kinder bueno
- familia de amor
- frens de castello

4. Panggilan utk si dia..
deer..

5. Hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa..
kejujuran hati sampai mati. boleh?

6. Blog mana yang paling suka di 'visit'??
belog yang tak syok sendiri

7. Tag pada 5 rakan blogger anda...
tak cukup kot 5. najah, ayat, sikin and sape2 boleh tag diri sendiri.

Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya aidil adha

first taim TAK BALIK raya haji. oh klate are you okay with that? lembu2 sudah rindu padaku. nak buat rano ambo ado paper 18 tuh. soba deh lembu. di bawah ni ada dedikasi untuk semua warga klate yang merinduiku. I LOVE YOU LEMBUUUUU


nota tangan : diharap viewer bagi video ini adalah perempuan sahaja kerana terdapat kelucahan yang melampau di dalam video ini. sebarang akibat yang terjadi selepas itu tidak ditanggung oleh pihak sikunengkakitemberang@sungaigolok.my. dan satu perkara yang saya hairan dengan moto UPM iaitu 'with knowledge we serve'. kalau dah dengan knowlegde, serve la cuti raya cukup2 untuk ktorang ni. ok?

nota tangan kuasa 2: before this, video ni dah aplok kat fakebook tapi telah di delete atas sebab2 musabab ahmad albab. saya aplok kat sini sebab ada permintaan. lagipun belog saya takde follower seramai fakebook. jadi kemungkinan besar video ini tidak diloading oleh penduduk malaysia yang cintakan lembuuuuu. saya lebih berkeyakinan view video yang takde viewer. sesungguhnya terbukti benar saya seorang yang pemalu sempoi. bohhhhhhhhh

nota tangan kuasa 3 : nak study. bohhhhhhh

Monday, November 15, 2010

bila sedih tengok si annoying


video pasal si oren gigi kuneng. cara dia cakap macam dia hidup lama bai. video ni boleh buat saya and kita2 jadi senyum macam ni
----->

nota tangan : Pengalaman mematangkan kita. Fikir dulu sebelum bertindak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...