Saturday, March 5, 2011

apa ada dalam lapitop anda?

semua ada lapitop. begitu juga dengan saya (ayat starting karangan PMR).

memang budak3 sekarang ada lapitop. yang sedikit tua apatah lagi. lapitop ibarat nadi pembangunan sesuatu assaimen.

tapi yang membezakan satu lapitop kepada lapitop yang lain ialah kekemasan penyusunan folder gambar2, lagu2, video2 dan paling penting assaimen5. (kata ganda untuk assaimen lebih sikit).

apa ada dalam lapitop saya?hehehe

Wallpaper
ini usop. karakter tetap untuk destop bekgroun. nais kan? sape setuju angkat tangan macam sayerr.

My Pictures. gegambar dalam lapitop aku takdela banyak sangat. bolehla scroll dalam 3 kali. dari berat 2.4 kg ke *0 kg, semua aku simpan buat semak dalam ni. har3

scroll atas

scroll tengah

scroll bawah

yeah we roll to the next My which is My Music. lagu2 aku banyak lagu2 buruh semalaysia (lagu indo).

roll atas

roll bawah. yang lagu paling bawah belah kanan ialah lagu paling fevret aku masa kini. heyyy soleee soleeee!!

folder aku agak berpuluh2 tapi 2 folder je slalu aku bukak n dengar.

Sheila On 7

Dewa19

dengar 98 kali pun tak boring. 99 kali jadi boring. adess.

My Videos. konpem bersih tanpa unsur2 video ariel peterporn. still banyak vc buruh2 semalaysia. vc yang aku rasa asbestos kat utiup aku donlod je.

annoying orange pon adaaaaa


ada ketika aku berhibur. ada ketika aku buat assaimen. hes3. sebagai nasihat untuk rakan2 diluar sana, susun lerr assaimen ikut sem n subjects yerr. macam sayerr.

apa yang aku bangga kat folder upm's bag ni ialah adanya page yang aku save 'Biasiswa Perguruan bla3'.

amacam? anahkuneng is very organize ryte? ngeh3

paranoid, paranormal, para2 sakura

perkataan paranoid terngiang-ngiang dalam minda bersih aku. tapi aku tak tahu spesific definition word tersebut. aku sangat eager nak guna word tuh sekarang tapi takut termnya tak ngam dengan isu yang aku nak luahkan ni. erm erm dan erm


.........selepas 10 menet

jadi biar aku reka sendiri la. so aku boleh verify sendiri maksudnya. iaitu:

Perasan Punya Perasaan (3P)

3P ni always happened to me. its like paranoid (tadi cakap tak paham maksud paranoid).

perasaan 3P ni wujud bila anda berbual2 atau bercakap2 dengan member/2, pastu anda tiba2 tersalah cakap atau terkasar bahasa (sebenarnya niat awal nak bergurau). tiba2 anda terperasan membe anda tadi buat muka dan tidak menegur sapa anda seperti sebelum2 ni. secara kereta automatiknya datang satu perasaan yang membuatkan anda bermonolog:
"eh dia terasa ngan aku ke? alamak nak buat camne ni. susah la kalau gaduh. buat assaimen ngan dia. g class ngan dia. mengumpat pun ngan dia. tolong garu belakang pun dia. kutuk lecturer pun ngan dia."

TAPI..

pada hakikatnya membe tadi yang kononya terasa ngan anda sebenarnya TAK TERASA pape pun ngan anda. senang cerita anda je yang perasan dan berfikir over sangat. dipendekkan cerita Perasan Punya Perasaan.

kebaikan 3P :
  • menunjukkan anda concern lebih pasal membe2 anda. tapi bukan bermaksud anda kawan yang baik. anda cuma tak nak kehilangan membe yang bersama2 mengutuk lecturer. har3
keburukan 3P:
  • anda jadi cepat tua sebab banyak fikir.



aku tak pernah rasa 3P ngan dua2 ekor ni. eh jap pernahla. skali. hehehe

nota 3GP (Gila Perasan) : nak dibandingkan minah2 di atas dengan aku, jauh cantik n slim lagi aku. T_T


Saturday, February 26, 2011

benda yang aku kurang respek pada lelaki

hai uols dah lama akak tak berblogging. mesti uols rindu akak kan?? sorila sibuk sikit sem 4 ni. intenet pun macam halal jadah.<-- kononnya blog aku ni ramai readers macam hamis jalika.

aku tak tahula nape beruk celcom makin teruk sekarang. nak dapat line GPRS pun susah macam nak dapat scholar KPM (erk apa kaitan?).

banyak benda dalam hipotalamus aku sekarang. serabai, serabut, seremban, serenti semua pun ada. banyak report nak kena siapkan tapi mata aku asyik ngadap kak limah je. baca bio pun dengar kak limah punye dialog. aku sekarang pun dah cakap perak. tak cakap klate dah. hehehe. kalo cakap tangan automatik gemalai macam usop. blueberryy.. my fevret.

intro aku selalu merepek kerepek.

ada 4 benda sebenarnya perkara yang buat aku disrespect pada lelaki. tapi aku rasa satu point tuh macam controversial sikit sebab ada kaitan dengan kaum hawa. kawan aku ramai perempuan. so seumpama bala dan bala kalau aku listkan jugak. so akak listkan 3 jela ye.

1. merokok
aku rasa dalam entry yang lepas2 aku dah mentioned benda ni. entahla kenapa aku memang TIDAK BOLEH terima smokers. kalau bolehla aku nak elak beramas mesra dengan lelaki macam ni. har3

for guys:cuba bayangkan dengan duit rokok tuh sebenarnya anda boleh buat beli beg, baju, kasut, shawl and etc untuk bini-bini anda. so kalau tak smoke, anda ada peluang besar untuk kahwin ramai. kan ada faedahnya tuh kalau anda jauhi amalan merokok.

2. kuku panjang
kalau perempuan simpan kuku aku tak berapa nak kesah sebab langsuir pun simpan kuku. tapi aku sangat kesah kalau lelaki yang simpan kuku. bila aku nampak lelaki simpan kuku, perkara pertama terlintas dalam hipotalamus aku ialah:

'eh dia ni tak solat ke?'.
so even anda tak solat pun, janganlah menunjuk sangat okay.

3. cakap kasar dengan perempuan
perghhh bau telor!! <--- ini bukan ayat yang kasar.
okay back to the topic. satu lagi benda yang aku paling benci bila lelaki mencarut, cakap entah apa2, cakap macam takde hipotalamus dengan bini2 or awek2 mereka. nak mencarut dengan membe2 lantak koranglah.
well known, lelaki yang hot tempered ni memang suka maki hamun tak tentu pasal kat sapa2 yang mereka nak especially bini2/awek2 mereka. lelaki macam ni memang aku rasa baik duduk dalam gua niah sambil buat sarang burung dengan kelawar2.


usop mesti takde ciri2 di atas kan3??

Wednesday, February 2, 2011

tentang hidup

aku rasa perasaan aku sekarang sangat bercampur gaul ibarat kuah dalca.
perasaan aku 60-40.
60-gula yang manis
40-kelat dan pahit yang tidak bisa terungkapkan. hoho..

cuma prinsip aku biar kita diguris, jangan kita mengguris hingga hujung waktu kita hidup.

hidup mesti jalan terus sebab hidup tidak semudah dan seindah yang kita sangkakan.

kerana kita semua sang pemenang



p/s: anda seorang yang bijaksana jika anda menghargai hari bersamanya.

Tuesday, February 1, 2011

mikirin masa depan gua

aku rasa life aku taim cuti mid sem mahupun cuti sem adalah sangat meaningless. sebabnya aku hanya duduk mengadap si lampitop dan makan apabila rhoma irama berkumandang di corong perutku.

lagi2 sekarang musim salji di kelantan. udara pulak sejuk. maka tidak mungkinlah sistem perpeluhan berlaku kat sistem badan aku ni. apabila takde penyejatan, maka lemak pun tumbuh merata. dem3!!

perenggan2 di atas hanya la introduction untuk sastera komsas tingkatan 3.

taim2 cuti inilah aku ada masa nak merencanakan masa depan aku(masa depan la sangat anah oii). masa depan aku tanpa melibatkan ASSaimen aku yang beribu riban. itu semua tolak tepi kerana itu hanya duniawi sahaja. har6

first and foremost yang aku fikir ialah tempat aku kena posting nanti. yelah aku kan bakal guru yang satu suara, satu hasrat dan satu semangat dan satu bla3. aku pernah tanya mak aku boleh tak nak kahwin before grad sebab nanti senang nak pilih tempat posting dekat ngan suami. hek3.(gelak gatal). bukan bermaksud aku gatal. ini kerana aku berpegang pada prinsip Suami Didahulukan, Karier Diutamakan. ngeh3.

mak aku cakap boleh je tapi sang arjuna tuh mestilah finance beliau dah steady. tapi yang aku heran kat sini ialah mak aku tak tanya pun aku dah ada calon belum. mungkin mak aku nampak aku ni muka tak laku kot T_T

then mak aku sempat selitkan nasihat sepatah dua kata. beliau bilang:

mak aku: lagi bagus kalau sang arjuna tuh kerja cikgu jugak.

aku sedikit gabra. gabra yang bermaksud.

aku pun dengan seberapa pantasnya cakap kat mak aku.

aku: pastu kesian la laki yang bukan cikgu. sapa nanti yang nak berkolaborasi ngan dorang dalam perihal tuutt dan tuutt, heh!
talian terputus

perenggan2 di atas hanyalah sebahagian daripada klimaks entry ini

pastu lepas kahwin aku berangan2 nak ada 8 orang anak. 6 lelaki dan 2 perempuan sejati. reasons aku nak ramai anak laki ialah:
  • bila laki aku tua nanti, boleh aku tatap muka anak2 aku. mestila muka dorang sama ngan muka bapak dorang taim muda2 dolu2 kan. bolehlah jugak mengembalikan nostalgia zaman bercintas
  • bila jalan2 kat shopping mall, aku nak anak2 jantan aku eskot aku. mesti dorang bangga dapat eskot bekas model yang ada iras2 azizah mahzan
  • boleh melawak kasar ngan dorang. nak tersepak terajang no hal la kalau jantan
  • boleh bangga sebab ramai anak2 dara nak ushar anak2 aku. (tabiat aku jugak sebenarnya)
aku pun dah berangan2 nak letak nama apa kat anak2 aku. tapi tak perlu la kot mention nanti ramai yang nak tiru (perasan la kau anah).

KLIMAKS

klimaks kepada penciptaan masa depan aku ialah.....



























'cik an, naufal nak berak'. anak sedara aku menyampuk. arghh next to the time la aku sambung part klimaks.

laptop+berukben+camera juga sebahagian masa depan aku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...