Monday, January 31, 2011

kau sangat beruntung wahai scha alyahya

aku ni jenis tak layan sangat drama2 bersiri. keutamaan cerita yang aku minat ialah genre hantu atau drama melayu dimana lelaki kaya+hensem+baik nakkan seorang perempuan yang low profile. 2 drama yang aku minat bergenre seperti itu ialah Meteor Garden (satu2 nya cerita taiwan yang aku tengok sampai sekarang) dan Awan Dania. hehe.. kalau cerita hantu pulak aku suka kalau dari buah tangan Kabir Bhatia. memang superb hantu dia. hantu dia tak hensem mahupun tak cantik.

okay berbalik kepada Awan Dania. aku memang follow cerita ni even masa kat upm. aku sanggup tunggu loading kat u-tiup berjam2 lamanya alsebab internet yang semput. aku rasa Scha ni beruntung di dalam dan luar drama. sebab..

  • dalam Awan Dania, dua2 laki smart dan hensem nak kat dia. kaya pulak.
  • luar drama, yang hensem dan smart jugak nak kat dia. ape kes?
lagi satu aku suka karakter Dania yang agak gopoh dan gila2. kalau aku jadi laki pun aku suka perempuan macam tuh. perempuan yang ayu2 ni susah sikit nak melawak. tak pasal2 terasa. hek3.

tapi lagi best asbestos kalau si Dania tukar kerjaya jadi cikgu ke. lagi nampak manis (macam aku) kan3. hehe.

pastu yang aku tak puas hati lagi kat Dania ni bapak dia pun hensem dan sporting like sport car. serious what the fish. abang2 dia pun turut sekaki bengap macam dia.

lagi satu benda yang buat aku berdarah ialah si Benjy tuh still tunggu Dania even Akmal dah masuk jarum.

dan perkara paling penting aku nak tekankan disini ialah semua yang nak kat dia semuanya hensem+kaya+baik. aku benci (sebenarnya jelez) kepada benda yang tak lojik di alam realiti.

akhir kata, setialah pada yang satu.

scha: kau tak seramping aku anah

*membe2 aku cakap kalau aku kembangkan hidung aku, muka aku secara automatiknya mirip Scha. pujian ke perlian tuuu*

Sunday, January 30, 2011

dua cerita dalam satu hari

aku baru je sampai Amareka Darul Naim pukul 5.30am waktu Kelantan. flight aku depart kat Hentian Putra pukul 9pm. ekeke.. masa beli tiket, orang trans cakap single seat. alih2 double seat dan paling syiok laki berbadan malek noor duduk tepi aku T_T.

apa yang aku nak cerita sebenarnya semalam before aku naik flight, aku bersama member aku pergi midvalai. aku memang eksaited state nak tengok cerita khurafat. sebab member2 aku cakap takut gila. tambahan pula aku memang die hard fan cerita2 tahyul macam ni.

aku dengan bangganya q untuk beli tiket. aku bangga sebab time tuh tak ramai lagi homo sapien berlegar-legar di midvalai. pukul 11.45am aku masuk dewan gelap dan cerita pun start. dan selepas satu jam setengah hantu keluar masuk, cerita pun habis.

kalau dalam skala ketakutan 1-10, aku boleh bagi 4 la. tak takut sangat pun. aku tunggu jugak part nak jerit pastu sambil terpeluk2 mamat comel tepi aku. tapi scene tuh tak kunjung tiba. har3. aku andaikan muka aku masa tengok movie tuh seumpama aku tengok cerita awan dania musim ke-3.

petang masih muda. membe aku cakap dia nak tengok Haq pulak. aku tak kesah sebab pitis wang ringgit dia. aku bermonolog, 'camne la dia ni boleh terfikir nak tengok cite ni'. kewujudan cerita tuh pun aku tak tahu. movie tuh showing pukul 2. masuk la lagi aku dalam dewan gelap. before start cerita, macam biasalah ada role play nama2 pelakon. nama Raja Farah menari2 keluar kat screen. aku dah menjeling tajam dah kat membe aku ni. even drama pun kalau Raja Farah yang acting, sure2 aku tak tengok. aku takleh nak feel cerita kalau beliau yang act(kau macam bajet bagus je anah).

belum separuh cerita lagi membe aku yang beriya2 nak tengok cerita tuh tadi dah tertido2. aku kuatkan jugak mata aku sebab aku mengenangkan tak berbaloi untuk tido dengan RM12 satu kepala.
cerita ni selamat sebab ada Ady Putra. selamat sebab body dia hensem. har5. kalau dalam skala keboringan 1-10, aku boleh bagi 10.00. untuk movie ni pulak, aku andaikan muka aku macam tengok tv yang lupa nak tekan button ON.
-sekian. aku nak sambung tengok Nona-

*masa tengah suspen tengok khurafat, tiba2 ada budak jerit kat bapak dia, "papa takde pun hantu!" *

Sunday, January 23, 2011

begitulah flashback saya


aku suka lagu ni. tapi kalau nak dikira semua lagu sheila aku suka. lagu ni speselicious sikit sebab ia ibarat flashback hidup aku.

pisang boleh berbuah dua kali. tapi kalau berkali-kali boleh sawan aku.

Saturday, January 22, 2011

pemangkin

pemangkin ialah fungsinya untuk mempengaruhi tindakan kimia. aku sokmo jumpa perkataan ni dalam subjek favereto de amor aku, Kimia. bahkan subjek ni jugak aku selalu dapat A-. bukan A solid.

dalam life kita, memang kita wajib ada pemangkin sebab ia dapat mem'booster'kan segala aktiviti harian kita. pemangkin boleh jadi Tuhan, sesuatu benda, homo sapien atau kedua-duanya sekali. contoh paling terdekat ialah:

  • asyraf muslim bersemangat untuk ke kelas menjahit sebab beliau menaruh hati pada rakannya yang bernama anah lopez.
atau
  • hamis jalikha sukar untuk bangun pagi kerana sukar untuk melepaskan bantal busuknya
jadi.. err ape ye. aku lupa. jadi pemangkin ni ada dua kategori. bullet pertama positif manakala bullet kedua negatif. cuba korang ujiankan otak korang, camne hidup korang kalau takde pemangkin? bahkan Mark Zuckerberg pun memerlukan korang sebagai pemangkin pitis duit beliau di dalam fakebuk.

aku pun ada banyak pemangkin selain Tuhan, keluarga, kawan2 aku, dan bakal suami aku. aku nak list satu2 pun bukan ada yang nak tahu. har3

maka dengan ini aku nak selitkan bahawa banyak lagi ASSaimen yang aku simpan kemas atas meja. aku perlukan pemangkin untuk bereskannya. sekian.



pemangkin aku di kala pagi before pergi class

Tuesday, January 18, 2011

dewa 24 dewi 22

selamat tinggal masa lalu
selamat datang lembar baru
selamat tinggal cinta lalu
selamat datang cinta baru
selamat tinggal masa lalu
selamat datang lembar baru
selamat tinggal selamat tinggal

courtesy lyrics from andra and the backbone-selamat tinggal masa lalu


lirik di atas memberi banyak interpretasi. bagi aku yang sudah biarlah sudah. mudah saja untuk melupakan kalau kurang terkesan dalam hati. tapi sukar amat kalau sudah terbekas dalam hati.

maka sebagai pengundi berdaftar, kita berhak untuk mengubah dari kerajaan Barang Naik ke kerajaan Passs for peace. err salah topik pulak.

tq somas Zomba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...