Saturday, January 22, 2011

pemangkin

pemangkin ialah fungsinya untuk mempengaruhi tindakan kimia. aku sokmo jumpa perkataan ni dalam subjek favereto de amor aku, Kimia. bahkan subjek ni jugak aku selalu dapat A-. bukan A solid.

dalam life kita, memang kita wajib ada pemangkin sebab ia dapat mem'booster'kan segala aktiviti harian kita. pemangkin boleh jadi Tuhan, sesuatu benda, homo sapien atau kedua-duanya sekali. contoh paling terdekat ialah:

  • asyraf muslim bersemangat untuk ke kelas menjahit sebab beliau menaruh hati pada rakannya yang bernama anah lopez.
atau
  • hamis jalikha sukar untuk bangun pagi kerana sukar untuk melepaskan bantal busuknya
jadi.. err ape ye. aku lupa. jadi pemangkin ni ada dua kategori. bullet pertama positif manakala bullet kedua negatif. cuba korang ujiankan otak korang, camne hidup korang kalau takde pemangkin? bahkan Mark Zuckerberg pun memerlukan korang sebagai pemangkin pitis duit beliau di dalam fakebuk.

aku pun ada banyak pemangkin selain Tuhan, keluarga, kawan2 aku, dan bakal suami aku. aku nak list satu2 pun bukan ada yang nak tahu. har3

maka dengan ini aku nak selitkan bahawa banyak lagi ASSaimen yang aku simpan kemas atas meja. aku perlukan pemangkin untuk bereskannya. sekian.



pemangkin aku di kala pagi before pergi class

Tuesday, January 18, 2011

dewa 24 dewi 22

selamat tinggal masa lalu
selamat datang lembar baru
selamat tinggal cinta lalu
selamat datang cinta baru
selamat tinggal masa lalu
selamat datang lembar baru
selamat tinggal selamat tinggal

courtesy lyrics from andra and the backbone-selamat tinggal masa lalu


lirik di atas memberi banyak interpretasi. bagi aku yang sudah biarlah sudah. mudah saja untuk melupakan kalau kurang terkesan dalam hati. tapi sukar amat kalau sudah terbekas dalam hati.

maka sebagai pengundi berdaftar, kita berhak untuk mengubah dari kerajaan Barang Naik ke kerajaan Passs for peace. err salah topik pulak.

tq somas Zomba!

Saturday, January 15, 2011

saya Kelantanese, saya Okay

aku heran la kenapa ramai sangat blogger beriya nak kutuk negeri aku, Kelantan? aku Kelantan aku okay. aku punya suka baca satu blog ni. siap follow dan letak kat blog list. so silly aku ternampak satu post beliau. nampak la blogger tersebut kurang cerdik dalam memperihalkan ketidak puasan hati dia. terus aku stop following dan remove dari blog list aku.

ada awek klate rejek cinta dia mungkin.


aku timbuk atah blake kae!



hawa tercipta di dunia untuk menemani sang adam

aku sebenarnya tak suka buat entry mengutuk atau memperkatakan tentang perihal orang lain. sebabnya aku ni jenis syiok sendiri yang suka tulis pasal aku yang best asbestos ni. tapi perihal tak best ni berlaku depan mata aku. asal online, nampak. asal nampak, mulut aku mengumpat. asal mengumpat, aku lapar. bila lapar aku makan. sekian.

sementelah wujudnya video 'Saya Gay Saya Okay', aku rasa lelaki berideologi tak okay ini makin berani nak expose jugak posisi dorang dalam masyarakat kita. err ayat apa aku guna ni. aku tak spesifik kat sapa2. tapi semua manusia berakal tahu, orientation sex yang belok kiri kanan ini memang tidak dan tak akan diterima dalam agama.

aku kalau nampak benda ni berlaku depan mata aku, aku suka buat senyap je. bukannya aku senyap tanda setuju. aku rasa lelaki spesis belok ini boleh berfikir sendiri tentang apa baik dan buruk dengan jalan yang mereka pilih.

kepala aku semakin banyak keluar tanda soal bila orang2 sekelilingnya pulak macam memberikan sokongan. macam anggap benda ni nothing. semacam kita2 ni duduk amareka. kalau spesis yang sama bagi support aku tak heran. supporter opposite gender tersebut boleh buat jokes seakan2 ini normal life.

satu lagi aku takkan ambik pot pasal orang kalau dorang buat benda2 ni diam2. bukannya bermaksud diam2 berisi. kita hidup ni banyak mata yang melihat. kalau tak malu kat Tuhan, kurang2 kita malu kat homo sapien disekeliling.

aku mengaku aku tak bagus jugak bab2 agama. solat pun tidak di awal waktu. aku juga gemar flirt2 tapi dengan jantina lawan. ehem3. dan lagi, aku pun ni jenis cepat lalai kalau nampak benda best depan mata.

KEKHILAFAN INI HARUS SEGERA DIAKHIRI. SEBELUM KITA BENAR2 MATI


salman a.k.a sakti ari seno. beliau bekas musisi sheila on 7. dia masih ganteng macam dulu. hek3
*aku bajet lepas ni mesti Elton John & Adam Lambert dah tak nak baca blog aku dah*

Friday, January 14, 2011

usaha terakhir aku


setelah banyak kali sesi luahan hati pasal aku nak diet, aku rasa usaha2 itu memang sangat teramat mustahil untuk berkesan. ianya kerana:

1- asal aku nak balik kolej je, lalu cafe. graviti ke arah makanan sangat gila babeng kuat. mustahil aku tak pandang makanan2 yang melambai menggoda aku, walaupun muka aku tak secun azizah mahzan.

2- bila roomate aku sokmo tawar makanan. nak tolak rugi. tak tolak memang lagi tak rugi.

so usaha terakhir aku still tidak menjadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...