Wednesday, January 12, 2011

entry ini tidak mengondem sesiapa

15:1. itu ialah nisbah perempuan dan lelaki pada masa sekarang. bermakna seorang lelaki boleh kahwin dengan 15 wanita. kalau dekat tempat aku belaja sekarang, 70% adalah wanita. kalau nampak kelibat lelaki yang ramai, itu adalah something yang weird and awkward.

adakah sebab ini menyebabkan ramai lelaki yang menjadi playboy atau memasang skandal yang ramai? selalu sebab musabab yang aku dengar dari sang player atau scandalicious adalah kerana mereka ingin memilih yang terbaik dari seramai-ramai wanita yang mereka kenal.

dan aku juga terfikir, adakah mereka cukup baik untuk memilih yang terbaik?

lelaki sememangnya seorang yang natural sweet talker. sweet words macam nilah yang bagi harapan tinggi kepada para wanita. tapi at last, si lelaki pilih orang lain konon2 untuk jadi teman sehidup semati. ofkos la wanita2 yang dijadikan skandal tadi akan kecewa sangat3 sebab tak dipilih oleh sang lelaki terbabit.

aku pun tak tahu point apa yang aku nak cakap. tapi kurang lebih macam tulah. aku tak pandai mengarang ayat2 terbaeek macam sang pria.

cuma nasihat aku, jika kau berkawan dengan mana2 perempuan, buat gaya cara nak kawan. guna bahasa kau aku. jangan ungkap kata2 manis. bukan sebab mereka cepat koya tapi hati mereka cepat terusik.

aku rasa lagu terima kasih bijaksana ni sesuai dengan entry ni

Saturday, January 8, 2011

Telekung Fashion Show

aku suka tengok model2 dalam freelancer photoshoot. bukan sebab dorang cantik, tapi sebab dorang dimekapkan dengan cantik dan pakai pulak baju lip lap. aku terliur weh tengok. takde pulak yang nak ambil aku jadi model walhal muka aku tak ubah macam azizah mahzan. erk!

lokasi: surau mines shopping mall
masa: cebisan sisa waktu zohor
photographer : mintak tolong cleaner ambikkan
jenis kamera: nokia 3310
telekung ditaja oleh almari dalam surau

TERIMA KASIH KEPADA MODEL BUDGET DI BAWAH SEBAB SUDI MEMBERIKAN KERJASAMA


ekin mawi dan scha alyahya

agnes monica, scha alyahya, ekin mawi


ekin mawi mendoakan kebahagiaan bersama suaminya yang worldsss

yang belah kiri tuh artis dari kumpulan I Want Nobody2 But U. aku lupa nama dia. kalau tak silap nama dia rosnah mat aris.

Allah yang satu :)

cikgu rosnah: 3+2 berapa murid2?
scha&ekin mawi: 10 cikgu
cikgu rosnah: betullll

cikgu rosnah: aku nak jadi mak tiri kau boleh?

model ni aku lupa nama apa. errr

satu2 nya model bertaraf 7.89 bintang yang sudi joinT dalam photoshoot ni ialah:

azizah mahzan

sekian. mana2 photographer amateur yang nak ambik ktorang jadi model, jangan segan silu kontek aku melalui telegram pos malaysia. tata!

Friday, January 7, 2011

jasa budu kepada kita

dulu masa kecik2 benda paling common budak2 perempuan main ialah main masak2. bahan2 yang diperlukan hanyalah pasir sebagai nasi dan daun2 sebagai sayur. pastu watak2 yang wajib ada ialah ayah, mak dan anak. si ayah akan balik kerja. mak tolong siapkan makanan manakala si anak akan main anak patung barbie. mereka pun melantak dengan gembiranya. permainan akan berakhir bila masuk waktu senja dan scene yang sama akan berulang keesokan harinya..

aku memang tak pandai masak sebab aku angkuh nak blaja. aku takut aku masak lagi sedap dari mak aku. hek3. nak bandingkan jahit dan masak, aku lagi suka masak. ditakdirkan Tuhan, aku ni bakal cikgu ERT. so aku kena tahu kedua2 bidang terbabit. aku bersyukur sangat dapat cos ni sebab dengan cara ni lah aku dapat blaja masak dan jahit. (untung woo sapa wat aku jadi bini)

sampai saat aku menulis ni, aku hanya pandai masak megi, dan menggoreng. benda yang paling hebat aku pernah buat ialah masak MURTABAK MEGI


nampak yummylicious kan?its okay angkat bakul sendiri
(ini bukan rupa murtabak megi yang sebenar T_T)

time kakak aku masak, aku ada jugak tolong (ehem3). sumbangan aku agak besar jugak iaitu koyak kulit bawang T_T

ini ialah ikan kukus stim. sedap giloo!

ikan kari.
kari dan gulai aku tak berapa nak makan. tapi kalau orang bagi free aku redah je

TAPI, ada je makanan yang sedap tapi guna effort sikit je. tak payah susah2 nak tumis bawang or what so ever. TUANG dan JILAT. itulah dia..

pastikan yang ori.

lagi menjilat2 kalau ada gabungan budu dengan kacang botor dan ikan bakar.


mudah bukan? jadi jangan cepat kecewa kalau anda tak pandai masak macam saya. dengan adanya budu, semua pun jadi. ucapkan terima kasih kepadanya.



not last and but least..

ada gaya chef wan two three tak?



Tuesday, January 4, 2011

lelaki dan rokok

hari tu masa nak balik upm, aku naik bus 2 tingkat trans. aku memang tak suka benda yang bertingkat2 kecuali mangkuk tingkat sebab boleh isi banyak lauk. lucky me, aku dapat duduk bawah walhal tiket aku seat atas.
pastu ada sorang mamat duduk depan sikit dari seat aku. muka agak skempos tapi hensem. nampak macam berada dalam dunianya sendiri. dia nampak baik. mungkin sebab dia pakai spek. dia juga nampak smart sebab dibadannya tergalas dslr. bla3 dan bla3.
sekali bus pun berhenti nak ambik passengers. dia pun turun. aku sekadar ternampak bukannya bermaksud aku ni observe dia sepanjang masa. aku bajet dia turun maybe dia nak membuang atau melabur di toilet berdekatan. sekali dia buat keluar najis. eh silap. sekali aku nampak asap berkepul2 keluar dari mulut dia. aku bermonolog 'takkan sejuk sangat kat luar sampai cakap keluar asap'. aku nampak kat tangan dia terselit sehelai rokok. cett hisap rokok ke mamat ni. kata2 pujian aku kat mamat tuh terus hilang. immediately mamat tuh jadi invisible di mata aku.

aku bukan nak kondem smoker tapi memang realitinya smokers look annoying.

  • kalau perempuan smoke, memang nampak life dia so-sial
  • lelaki tak suka tengok perempuan smoke. so weols pun feel the same thing towards uols.
  • lelaki hensem sudah hilang integritinya kalau smoke. sebab? mulut dan gigi jadi hitam. lagi? erm nafas jadi bau semerbak macam perfume cap ayam.
  • lelaki kurang hensem akan nampak macho jika pegang rokok pun terketar2. :)

Saturday, January 1, 2011

gua nak kurus

fikiran ni dah buntu dah. dan aku putus asa. cakap je apa aku dah try macam2 cara dah. serius aku jelez tengok orang slim tapi makan banyak macam esok sudah tiada lagi. aku bagi nasihat kat orang boleh la. tapi nak apply kat diri sendiri, tunggu janggut keluar ikut hidung belum tentu jadi.

orang cakap nak kurus kena exercise banyak2. exercise aku dah muak buat. aku selalu joging atas katil sambil tutup mata. takdelah rasa letih sangat. tapi aku still fail nak kurus.



pastu aku jaga makan jugak. aku mana pandang nasi2 ni. yang aku pandang benda bawah ni je


prosperity burger, big mac, bubur ayam large, fries, ayam goreng, pepsi bla3. takde la banyak aku makan kan3?


so, dah memang takde cara dah. jadi bukan salah aku kalau berat aku tak turun2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...