Friday, January 7, 2011

jasa budu kepada kita

dulu masa kecik2 benda paling common budak2 perempuan main ialah main masak2. bahan2 yang diperlukan hanyalah pasir sebagai nasi dan daun2 sebagai sayur. pastu watak2 yang wajib ada ialah ayah, mak dan anak. si ayah akan balik kerja. mak tolong siapkan makanan manakala si anak akan main anak patung barbie. mereka pun melantak dengan gembiranya. permainan akan berakhir bila masuk waktu senja dan scene yang sama akan berulang keesokan harinya..

aku memang tak pandai masak sebab aku angkuh nak blaja. aku takut aku masak lagi sedap dari mak aku. hek3. nak bandingkan jahit dan masak, aku lagi suka masak. ditakdirkan Tuhan, aku ni bakal cikgu ERT. so aku kena tahu kedua2 bidang terbabit. aku bersyukur sangat dapat cos ni sebab dengan cara ni lah aku dapat blaja masak dan jahit. (untung woo sapa wat aku jadi bini)

sampai saat aku menulis ni, aku hanya pandai masak megi, dan menggoreng. benda yang paling hebat aku pernah buat ialah masak MURTABAK MEGI


nampak yummylicious kan?its okay angkat bakul sendiri
(ini bukan rupa murtabak megi yang sebenar T_T)

time kakak aku masak, aku ada jugak tolong (ehem3). sumbangan aku agak besar jugak iaitu koyak kulit bawang T_T

ini ialah ikan kukus stim. sedap giloo!

ikan kari.
kari dan gulai aku tak berapa nak makan. tapi kalau orang bagi free aku redah je

TAPI, ada je makanan yang sedap tapi guna effort sikit je. tak payah susah2 nak tumis bawang or what so ever. TUANG dan JILAT. itulah dia..

pastikan yang ori.

lagi menjilat2 kalau ada gabungan budu dengan kacang botor dan ikan bakar.


mudah bukan? jadi jangan cepat kecewa kalau anda tak pandai masak macam saya. dengan adanya budu, semua pun jadi. ucapkan terima kasih kepadanya.



not last and but least..

ada gaya chef wan two three tak?



Tuesday, January 4, 2011

lelaki dan rokok

hari tu masa nak balik upm, aku naik bus 2 tingkat trans. aku memang tak suka benda yang bertingkat2 kecuali mangkuk tingkat sebab boleh isi banyak lauk. lucky me, aku dapat duduk bawah walhal tiket aku seat atas.
pastu ada sorang mamat duduk depan sikit dari seat aku. muka agak skempos tapi hensem. nampak macam berada dalam dunianya sendiri. dia nampak baik. mungkin sebab dia pakai spek. dia juga nampak smart sebab dibadannya tergalas dslr. bla3 dan bla3.
sekali bus pun berhenti nak ambik passengers. dia pun turun. aku sekadar ternampak bukannya bermaksud aku ni observe dia sepanjang masa. aku bajet dia turun maybe dia nak membuang atau melabur di toilet berdekatan. sekali dia buat keluar najis. eh silap. sekali aku nampak asap berkepul2 keluar dari mulut dia. aku bermonolog 'takkan sejuk sangat kat luar sampai cakap keluar asap'. aku nampak kat tangan dia terselit sehelai rokok. cett hisap rokok ke mamat ni. kata2 pujian aku kat mamat tuh terus hilang. immediately mamat tuh jadi invisible di mata aku.

aku bukan nak kondem smoker tapi memang realitinya smokers look annoying.

  • kalau perempuan smoke, memang nampak life dia so-sial
  • lelaki tak suka tengok perempuan smoke. so weols pun feel the same thing towards uols.
  • lelaki hensem sudah hilang integritinya kalau smoke. sebab? mulut dan gigi jadi hitam. lagi? erm nafas jadi bau semerbak macam perfume cap ayam.
  • lelaki kurang hensem akan nampak macho jika pegang rokok pun terketar2. :)

Saturday, January 1, 2011

gua nak kurus

fikiran ni dah buntu dah. dan aku putus asa. cakap je apa aku dah try macam2 cara dah. serius aku jelez tengok orang slim tapi makan banyak macam esok sudah tiada lagi. aku bagi nasihat kat orang boleh la. tapi nak apply kat diri sendiri, tunggu janggut keluar ikut hidung belum tentu jadi.

orang cakap nak kurus kena exercise banyak2. exercise aku dah muak buat. aku selalu joging atas katil sambil tutup mata. takdelah rasa letih sangat. tapi aku still fail nak kurus.



pastu aku jaga makan jugak. aku mana pandang nasi2 ni. yang aku pandang benda bawah ni je


prosperity burger, big mac, bubur ayam large, fries, ayam goreng, pepsi bla3. takde la banyak aku makan kan3?


so, dah memang takde cara dah. jadi bukan salah aku kalau berat aku tak turun2.

Friday, December 31, 2010

azam anak makcik jiran sebelah

setiap kali tahun baru, mesti orang-orangan akan berfikir tentang azam. macam2 jenis azam yang ada. dan oskof azam ialah matlamat yang baik.

tidak ada azam seperti ini:
  • student: kalau boleh aku nak fail dalam sesetengah subjek
  • lelaki : aku teringin nak mengorat Azwan Ali. (erk!)
juga tidak ada azam tidak lojik seperti ini:
  • makcik cleaner : by hook by crook aku nak rampas balik piala suzuki aff dari Malaysia.
  • orang utan : i harap Luna Maya terima pinangan i tahun depan.
sebenarnya aku takde idea nak tulis pasal apa. aku tengok orang lain macam best asbestos je tulis azam dorang dalam blog. sebabnya aku tak pernah ada azam.

jadi azam aku untuk tahun 2011 ialah nak ada at least satu azam supaya nampak aku ni ada IQ yang tinggi macam orang lain yang ada azam. (paham tak ayat aku?)



ni sapa?

Thursday, December 30, 2010

Piala Suzuki AFF:kelebihan pemain Kelantan

seperti yang kita ketahui, Malaysia menang ke atas Julia Perez eh Indonesia dengan agregat 4-2. dan selama beberapa malam, player2 yang asyik disebut2 nama selama match berlangsung ialah

dan

ye Norshahrul a.k.a Mat Yo dan Khairul Fahmi a.k.a Apex. kedua2 nya adalah pemain yang berasal dari Kelantan.

hasil dari tesis saya bersama miss lilo, punca kehebatan mereka ialah sebab mereka suka makan
BUDU. ye budu. kelebihan2 yang lain boleh diperhatikan terhadap mereka hasil dari makan budu yang banyak ialah :

1- mata sepet boleh menahan laser
2- tangkas menggelecek bola
3- boleh melompat lebih tinggi (eh macam tajuk lagu SO7 pulak)
4- boleh terbang
5- boleh mengurut ala cakar harimau
6- boleh blah

hasil kajian kami juga mendapat sokongan daripada rakan2 di fakebuk. buktinya :


dan


dengan selesainya tesis kami ini, kami rasa kami patut dapat seat VVVIP setiap kali ada match bola yang melibatkan Malaysia atau The Red Warriors.

sebelum mengakhiri laporan kami ini, kami nak memberikan credit kepada pihak yang terlibat membantu kami merealisasikan tesis kami ini iaitu :


sedak sengoti budu cap ketereh. slurpp!

nota bola: sementelah nama blog gewe apex ialah jejari runcing, teringin jugak saya nak ada blog cerita pasal Piya Badrul Radzi. nama blog tuh jejari tembam.blogspot.com. okay tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...