Saturday, January 1, 2011

gua nak kurus

fikiran ni dah buntu dah. dan aku putus asa. cakap je apa aku dah try macam2 cara dah. serius aku jelez tengok orang slim tapi makan banyak macam esok sudah tiada lagi. aku bagi nasihat kat orang boleh la. tapi nak apply kat diri sendiri, tunggu janggut keluar ikut hidung belum tentu jadi.

orang cakap nak kurus kena exercise banyak2. exercise aku dah muak buat. aku selalu joging atas katil sambil tutup mata. takdelah rasa letih sangat. tapi aku still fail nak kurus.



pastu aku jaga makan jugak. aku mana pandang nasi2 ni. yang aku pandang benda bawah ni je


prosperity burger, big mac, bubur ayam large, fries, ayam goreng, pepsi bla3. takde la banyak aku makan kan3?


so, dah memang takde cara dah. jadi bukan salah aku kalau berat aku tak turun2.

Friday, December 31, 2010

azam anak makcik jiran sebelah

setiap kali tahun baru, mesti orang-orangan akan berfikir tentang azam. macam2 jenis azam yang ada. dan oskof azam ialah matlamat yang baik.

tidak ada azam seperti ini:
  • student: kalau boleh aku nak fail dalam sesetengah subjek
  • lelaki : aku teringin nak mengorat Azwan Ali. (erk!)
juga tidak ada azam tidak lojik seperti ini:
  • makcik cleaner : by hook by crook aku nak rampas balik piala suzuki aff dari Malaysia.
  • orang utan : i harap Luna Maya terima pinangan i tahun depan.
sebenarnya aku takde idea nak tulis pasal apa. aku tengok orang lain macam best asbestos je tulis azam dorang dalam blog. sebabnya aku tak pernah ada azam.

jadi azam aku untuk tahun 2011 ialah nak ada at least satu azam supaya nampak aku ni ada IQ yang tinggi macam orang lain yang ada azam. (paham tak ayat aku?)



ni sapa?

Thursday, December 30, 2010

Piala Suzuki AFF:kelebihan pemain Kelantan

seperti yang kita ketahui, Malaysia menang ke atas Julia Perez eh Indonesia dengan agregat 4-2. dan selama beberapa malam, player2 yang asyik disebut2 nama selama match berlangsung ialah

dan

ye Norshahrul a.k.a Mat Yo dan Khairul Fahmi a.k.a Apex. kedua2 nya adalah pemain yang berasal dari Kelantan.

hasil dari tesis saya bersama miss lilo, punca kehebatan mereka ialah sebab mereka suka makan
BUDU. ye budu. kelebihan2 yang lain boleh diperhatikan terhadap mereka hasil dari makan budu yang banyak ialah :

1- mata sepet boleh menahan laser
2- tangkas menggelecek bola
3- boleh melompat lebih tinggi (eh macam tajuk lagu SO7 pulak)
4- boleh terbang
5- boleh mengurut ala cakar harimau
6- boleh blah

hasil kajian kami juga mendapat sokongan daripada rakan2 di fakebuk. buktinya :


dan


dengan selesainya tesis kami ini, kami rasa kami patut dapat seat VVVIP setiap kali ada match bola yang melibatkan Malaysia atau The Red Warriors.

sebelum mengakhiri laporan kami ini, kami nak memberikan credit kepada pihak yang terlibat membantu kami merealisasikan tesis kami ini iaitu :


sedak sengoti budu cap ketereh. slurpp!

nota bola: sementelah nama blog gewe apex ialah jejari runcing, teringin jugak saya nak ada blog cerita pasal Piya Badrul Radzi. nama blog tuh jejari tembam.blogspot.com. okay tak?

Tuesday, December 28, 2010

ting tong tinker

since puberty, i keep thinking why people are easily got what they want. but me? mood saya akan berbolak balik a.k.a down bila datang perasaan jelez dalam hati. tak kesahla dalam hal apa pun.

sebenarnya kita mudah melihat kelebihan orang lain tanpa kita sedar kelebihan kita sendiri. ye saya selalu terfikir macam tuh. tapi datang pulak dalam otak ni cakap 'aku ni ada kelebihan ke?'. benda2 macam ni boleh dikatakan selalu buat saya pressure. lagi pressure dari study fizik.

dia kaya. dia cantik. dia kurus. dia bijak. dia dapat laki hensem lagi kaya. dia pandai masak. who ever is 'dia' really makes me care to death. bila this thing suddenly crossing in my mind, automatically perasaan low self esteem datang. how to overcome ek?

mungkin saya ni terlalu kuat berfikir

*orang utan di atas pasti berasa bangga*

Sunday, December 26, 2010

konflik sabun basuh baju

saya kalau kat upm basuh baju dengan tangan. basuh sental perah dah jadi asam geram. tak heran kalau tiba2 ada muscle kat lengan ni hah. tapi kalau dah balik rumah @Kelantan tercinta, oskof la basuh dengan mesin.

kitorang kat rumah (saya+mak+ayah), basuh baju asing2. yang menjadi konflik kat sini, baju yang saya basuh TAK SEWANGI macam baju mak saya basuh. saya guna sabun macam mak saya guna. tapi hasil kurang memuaskan.

first trial saya, ialah guna sabun ni :


saya bukan nak kondem tapi memang tak wangi sabun ni. maybe fungsinya menyah kotoran je kot.

saya pun ushar2 lagi kat tepi2 mesin basuh. kot2 ada lagi sabun yang wangi macam mak saya guna. haa jumpa yang ni pulak :


tapi saya masih FAIL sebab baunya tak sama macam bau baju2 mak saya. saya syak mak saya sorok sabun basuh yang dia guna. saya pun buat muka toya g tanya mak saya pasal rahsia baju beliau yang wangi :

saya: mak mak.. mak guna sabun apa ye. baju bau semacam je?
mak: mak guna yang ada kat tepi mesin tuh jela

saya tahu mak saya tipu. saya usaha jugak cari sabun yang berkenaan.

AT LAST JUMPA!!

nampak tak kedudukannya yang macam main sorok2?

tak mungkin lah mak sorok. tapi nape Downy tuh macam elok je kat situ. dengan machonya saya habiskan setengah botol Downy tuh untuk basuh barang tiga segi dan bersegi2.

yes gua puas hati!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...