Tuesday, December 21, 2010

senyum

kategori senyum :

1) :)
yang ni senyum tak nampak gigi. dan tidak menyepetkan mata. ibarat senyum itu sedekah. senyum kepada orang yang tidak dikenali

2) ;)
sama seperti no 1 tapi satu mata dikenyitkan. yang ni nampak lebih sweet dan boleh ditujukan kepada orang yang dikenali.

3) :D
senyum gembira amat. ini bukan kategori senyum dah. ni macam gelak sakan. ibarat gelak lepas tengok lawak din beramboi.

4) :p
gaya gedik iaitu nak senyum ke nak tunjuk lidah. 2 dalam 1. sesuai untuk flirt atau bila anda terover bergurau. so nak cover balik boleh la buat senyum macam ni.

5) :-*
senyum dalam hati. sesuai untuk keluarga dan kekasih halal sahaja. mmuah!

di speaker lapitop sekarang berkumandang untuk kali ke 121 lagu
Hari Bersamanya-Sheila On 7
mood senyum saya: :)

ermm ada lagi ke jenis senyum yang lain?

Saturday, December 18, 2010

mereka malu tapi mahu

percaya atau tidak. selepas 21 tahun, baru tadi pukul 9 pagi bersamaan 18 disember 2010, saya pertama kali menginjakkan kaki ke Zoo Negara. soo sweet. bermakna saya dah terpisah dengan membe2 saya kat dalam zoo sana since I was born easily through my mom's womb. oh i never meant to hurt you babeanimals. sambil berjalan2 berkenyit2 mata, saya dapat captured satu pica yang menarik. inilah dikatakan cinta yang malu tapi mahu.

(klik untuk tumbesaran)
zebra gegel: ala abang ade minah comel tengok kita pulak
zebra boboy: ala buat2 dunno jelah sayang.
minah comel: auwww i tak nampak u!

mereka pun tahu malu. kita manusia? jeng3

video khas untuk gegel and boboy dari minah comel :) dengan ucapan semoga berjaya dengan usaha anda.




Thursday, December 16, 2010

Percuma Saja Belayar Kalau Kau Takut Gelombang

gue baru saja selesai nongkron filem ini=saya baru je habis tengok filem ni


TAK BIASA-kelakarama habisss dan 200% tiada unsur porn macam cerita hantu indo. cerita ni release tahun 2004 lagi tapi baru ku sedari kewujudannya selepas diintroduce oleh sorang member sheilagank. yang buat saya tertarik nak tengok cerita ni oskof la sebab ada Duta Modjo, vokalis my legendary Sheila On 7. boleh tahan jugak mamat ni buat lawak. muka dia pun selebek untuk watak selekeh macam tuh. ngeheheh

cerita ni pasal Abi(Duta) yang fail masuk ke Fakultas Ekonomi Universitas Indonesia(ehem2 masukla UPM kalau macam tuh). dia seorang ala2 pejantan tangguh yang mencari cinta. mula2 cerita konon dia anti cinta tapi lepas terushar Melisa(miea kusuma), terus pergi mengurat. dah dating2 dorang kapel tapi esoknya sadis gila bila si Melisa mintak putus sebab membe2 dia suruh. kalau mamat macam duta nak kat aku, tak fikir panjang dah. hehe.. pastu Abi kenal Nadya(Melanie Putria). dorang memang deeply in love. sepanjang proses Abi nak ngurat Nadya, memang banyak epik kelakar. hahaa. tapi macam Melisa jugak, dorang putus sebab Nadya dan ada tunangan kat Perancis. tamak betul pompuan ni. last sekali, Abi g makan angin kat ladang teh ala2 Cameron Highland konon2 nak release 'frustasi'. dia jumpa pulak Ratna(Novie Emerson). jatuh cinta lagi mamat tuh. seperti biasa Ratna pun sebenarnya dah ada pakwe. cettt.

ending cerita ni unexpected jugakla. ingat last2 sekali Abi g Kelantan cari anahkuneng. rupa-rupanya tak. nak tahu ending, tengokla sendiri kat youtube. download semua 17 parts ye. cuba sekali pasti nak lagi.

omongan2 yang karen bangat dalam filem ni:
  • Burung yang bangun awal paginya, pasti mendapat banyak cacingan
  • Sakit hati... kayak dicubit gorila
  • Hidup ini sangat singkat untuk dilewatkan dengan orang yang salah
nota di tepi jalan : gue rindu musisi2 lama Sheila On 7. harap boleh buat reunion okay
anton-adam-sakti-duta-eross

Tuesday, December 14, 2010

not my Digital Single Lens Reflex

D90 (bukan nama sebenar)


wohoo akhirnya menjadi milikku... yang kat bawah ni


proudly presenting to you my serious Nikon Coolpix S3000.

bunyi macam Nikon D3000. ngehehe. yang pica atas sekali tuh saya ambik awak nanti saya dah jadi cikgu yer. :). berkecil-kecil dahulu, berbesar-besar kemudian. I Love You no matter who You are.

NIKon's note: muchoo3 gracias to my kakak for helping me wasting my money T_T

runsing


wanita sejati akan runsing mengenangkan jadual kitar semula tak bergerak mengikut yang sepatutnya. masa kerja dah lebih 28 hari. tak letih pun kalau lebih over due date tapi yelah semua wanita nak kan keadilan kan3. jika masa rehat tak kunjung tiba, otak wanita yang berkahwin akan bermonolog 'usaha aku n suami aku berjaya. yeszaa! tapi yang single mingle macam sa.. dan wanita lain mungkin akan bermonolog begini 'nape tak datang2 lagi ye, nak kata ada intercourse-in-action, oskof la takde. waaaa aku tak normal!!'.

masuk bab serious . serius saya cakap masa gabra adalah masa yang para wanita perlu BE PREPARED. kalau yang dah kahwin its really okay. bayangkan bagi anda yang tak kahwin lagi, jika masa gubra ini anda TERdirogol atau sengaja dirogol oleh makhluk burung bertanduk. sebab masa time nilah tendency untuk anda mengandung sangaaaatt tinggi. dan juga masa nilah telur2 akan disenyawakan. bukan untuk digoreng ye. uols jagalah diri baik-baik. tata


*masih runsing*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...