Tuesday, December 14, 2010

not my Digital Single Lens Reflex

D90 (bukan nama sebenar)


wohoo akhirnya menjadi milikku... yang kat bawah ni


proudly presenting to you my serious Nikon Coolpix S3000.

bunyi macam Nikon D3000. ngehehe. yang pica atas sekali tuh saya ambik awak nanti saya dah jadi cikgu yer. :). berkecil-kecil dahulu, berbesar-besar kemudian. I Love You no matter who You are.

NIKon's note: muchoo3 gracias to my kakak for helping me wasting my money T_T

runsing


wanita sejati akan runsing mengenangkan jadual kitar semula tak bergerak mengikut yang sepatutnya. masa kerja dah lebih 28 hari. tak letih pun kalau lebih over due date tapi yelah semua wanita nak kan keadilan kan3. jika masa rehat tak kunjung tiba, otak wanita yang berkahwin akan bermonolog 'usaha aku n suami aku berjaya. yeszaa! tapi yang single mingle macam sa.. dan wanita lain mungkin akan bermonolog begini 'nape tak datang2 lagi ye, nak kata ada intercourse-in-action, oskof la takde. waaaa aku tak normal!!'.

masuk bab serious . serius saya cakap masa gabra adalah masa yang para wanita perlu BE PREPARED. kalau yang dah kahwin its really okay. bayangkan bagi anda yang tak kahwin lagi, jika masa gubra ini anda TERdirogol atau sengaja dirogol oleh makhluk burung bertanduk. sebab masa time nilah tendency untuk anda mengandung sangaaaatt tinggi. dan juga masa nilah telur2 akan disenyawakan. bukan untuk digoreng ye. uols jagalah diri baik-baik. tata


*masih runsing*

Monday, December 13, 2010

makin dewasa makin menjaga

actually entry ni ditulis sebab mamalia berikut bersuara :


nak kurus mudah je kalau guna cara supernatural macam Dr. Rambut Cendawan a.k.a Dr. Rozmey. tapi saya bangga dengan veliau sebab veliau orang kaya kelantan. agak2 dengan pujian yang seberapa ini bolehlah veliau bagi pitis. pitis untuk beli D90 :)

dengan vangganya Dr. Giant nak bagi tips2 nak kurus dengan jayanya.
1- mulakan hari anda dengan cereal or something yang high-fiber macam Quaker Oat. amy mastura pun pasti bersetuju dengan kaedah ini. berekfas sangaat penting dan jangan skip sebab bila anda skip, metabolism rate badan jadi rendah dan harapan gemuk semakin bertambah. yeay! dan jangan pula lepas tuh pergi bantai nasi kononnya kesian dengan mak anda yang susah2 masak makanan UNTUK TENGAHARI.

2- pukul 10 keatas gerenti perut kita kembali berirama kasidah cinta. time2 ni bolehla makan benda ringan macam roti. kalau boleh elak roti putih sebab roti putih tinggi karbohidrat. ambik 2 keping cukupla. lagi bagus kalau makan Breakthru Gardenia sebab kurang kanji tapi roti ni mahal amat. biasalah benda molek.

3- wohooo lunch time. i loikeeee!! time ni anda digalakkan makan nasik. tipulah kalau artis2 cakap ambik sesenduk sudah memadai. bagi saya sangat taaaakk cukup kalau sesenduk. kalau nak ambik sesenduk pun, pilih senduk yang surface area besar. hehe. digalakkan anda ambiklah sesenduk lebih sikit la. pastu makan sayur banyak dan makan ikan bakar. kalau ayam bakar pun still produce banyak lemak. dan kalau rajin letak asam limau dalam nasik. lagi masam lagi bagus. fungsinya ialah membakar lemak kesayangan. oh lupa sebelum makan nasik, minum segelas air masak dan makan buah. SEBELUM BUKAN SELEPAS.

4- lepas kenyang melantak, jangan tergesa2 nak minum air. tunggu at least sejam setengah. cara ni memang efektif nak reduce perut macam afdlin shauki. oleh itu, kalau makan kat luar tak payah order air. yelah takkan anda lepas sampai berjam2 kat situ kan. besides that, duit pun jimat.

5- dah petang2 sikit, konpem perut kembali menggedik manja. boleh makan roti or biskut. biskut yang bagus untuk diet ialah biskut Jacob's Low Salt Hi-fibre. cicah teh less sweet just nice.

6- dalam pukul 5.30 (kalau takde kuliah), janganlah membina lemak dengan terbongkang atas katil. macam saya, menarilah poco2. kalau tak ingat steps, blaja kat youtube. video porn boleh ushar, takkan ni tak boleh kan3. hoho.. ajak roomate skali atau mak bapak anda sebagai mangsa.

7-dah exercise. keringkan peluh pastu mandi. seelok2 nya mandi sebelum maghrib dan mandi air panas. sunnah Nabi yang memang boleh tolong bakar lemak korang. dah mandi, silalah makan untuk dinner. sebelum pukul 7 tau. kalau boleh, pilih meal yang lain dari lunch macam mihun sup. bergoreng pun boleh tapi berpada-pada. yang penting sayur dan buah yang banyak.

ni hanyalah basic tips. banyak lagi tips yang ada tapi malas la nak tulis satu2. tu je kot. tata!

nota bukan dari Dr. Rozmey : budu adalah potensi untuk gemuk sebab sekali makan, konpem nasik akan ditambah2 di luar sedar otak manusia normal. shame on you budu!

last and least : i am experimenting myself by practicing tips above and i lost 9kgs within 2 months. yes i am proud. seriously babai loser.

Saturday, December 11, 2010

kesempurnaan

.kau begitu sempurna, di mataku kau begitu indah, kau membuatku diriku akan selalu memujamu.

: 'nobody is perfect'. it might be true but i partially agreed sebab i think ada some mankind yang perfect. perfect maybe subjective dan mungkin ditafsirkan berlainan bagi setiap orang. generally orang akan cakap artis selalu golongan yang sempurna macam siti nurhaliza. cantik, kaya, suara sedap n bla3. tapi itu bukan kesempurnaan yang sebenar. sebab dunia hiburan bukan syurga untuk selama-lamanya. :

: from my point of view, manusia yang sempurna ialah manusia yang low profile tapi orang sekeliling sedar akan kewujudan beliau dan ada banyak added value penting yang beliau miliki. penting di sini ialah perkara yang dapat suppport hidup dia sampai ajal menjemput. hek3.

: hmm honestly dalam hidup saya sekarang, saya kenal 2 orang yang boleh dikatakan hidupnya sempurna. sorang dah kawin dan sorang lagi belum. dua2 saya kenal rapat. jelez memang jelez tengok diorang tapi kita sebagai orang Islam mesti bersyukur apa yang kita ada. :)

: mereka sempurna bagi saya kerana :-
1) otak mereka bijak bergeliga
2) mereka kaya
3) mereka cantik
4) mereka bahagia dengan kehidupan mereka sekarang. maksudnya bahagia dengan pasangan masing-masing.

: added value yang membuatkan seseorang itu nampak sempurna ialah :-
1) badan slim even makan banyak
2) kulit putih cantik mulus
3) ramai secret admire (ek?)
4) kuat agama
5) baik. e.g: tak berkira kalau nak tolong orang
6) pandai masak atau mahir dalam sesuatu skill yang orang lain ignore
7) rambut lurus cantik :)
8) suami yang hensem, baik, penyayang, bertanggungjawab n bla3.
9) anak2 yang comel dan bijak.
10) hidup yang mewah tapi tidak keterlaluan.

sepanjang 21 tahun saya hidup, saya dah pernah jumpa mamalia seperti di atas. 10 in 1. she is so lucky woman alive :)))

anah: sambil berlipur lara di belog ini, sambil mendengar lagu ni


perfect notes :
ini bukan gambaran manusia yang sempurna

Thursday, December 9, 2010

main guli

dulu2 mase skolah, lepas habis class PUKUL 2.45 PETANG mesti g Billion Shopping Mall, Kota Bharu. blakang skolah pulak. macam takde tempat lepak lain. naik food court makan bihun tomyam apek. tapi terfikir balik, ntah halal ke haram ape yang aku makan tuh. and impotenly, jalan2 sambil pakai tudung labuh. *VANGGA*

dah konon2 dewasa sikit lepak2 pulak kat KB Mall. ye KB Mall ibarat KLCC di Kelantan. walaupun macam2 tak ada, tapi boleh laa. boleh la kalau nak makan kayepsi,McDol n etc. setakat nak beli baju 99% less tuh adela. tapi Kelantan sudah heaven bagi saya sebab hidup tak perlu nak berlebih2. konon KL ade semua. tapi bagi saya orang yang membanggakan kehidupan urban KL ni macam hidup kepura-puraan. yelah. konon bergaya tapi dalam poket, hadooo. pitis pon tarak. hehe

pastu dah lepas SPM semua pun ada lesen keta. bolehla ber'deraks' kesana kemari. bolehla g pantai, g makan Nasi Kak Wok. g The Red Warriors Station. yang seronoknya semua aktiviti ber'galok' ni melibatkan ladies sahaja. yolah sekolah pun perempuan je. nak bertempuk tampar dan bertimbuk pun tak rasa bersalah. hoho

recently geng2 Naimians turun main futsal kat Real Seven Futsal area Pasir Tumbuh. mula2 sampai agak segan rasa dihati sebab ramai jantan tapi okay je. ktorang ade 8 orang je. hujan lebat so tak ramai budak2 Naim boleh join. ktorang main bajet pro. haha. boleh pulak pakai tangan main. main tarik tangan macam rugbi pun ade. sabar jela (saya la tuh). takpelah main syok sendiri tak bez jugak.

bergambar adalah satu kemestian. bertambah kegirangan bila sorang membe- Mc' Sal bawak Nikon D90. futsal and camera sama naik. nasib baik tak ganti camera jadi bola. satu hal lagi bola yang direservekan untuk ktorang sangatttt vintage. dah bersalin kulit bola tersebut. aish..

muka yang pegang bola tuh macam tahan berak

gaya Mc' Sal ikat tali kasut ala2 Chanturu

bola sangat hensem. menjadi rebutan kaki2 kurap sang gadis. auw!

style Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apex. (maroh gewe dio)

take 30minutes break. kejap je rehat

Hai-O, Akmal Rizal, Daudsu, Chanturu, Norshahrul Idlan Talaha, dan yang duduk anggun depan sekali- Piya Badri Radzi

Syed Adney letih tengok bola x sapa2 kat gol T_T

Daudsu dan Chanturu dengan D90 yang tersayang. auw3!

mimie kamil(nama sebenar), anah(separuh nama sebenar), alyaa(memang bukan nama sebenar)-muka lepas habis main. masih cun lagi.

pica paliiing smart macam smarties. nampaknya kaki ini boleh jadi model tanpa melihat kepada tuan kaki ini. pffftt

nota buli-buli zemon: terasa kurus lepas main. oh yeah!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...