Wednesday, December 1, 2010

romeo and juliet was only a fairytale

tajuk entry macam gempak. macam nak tulis essay masa spm dolu2. ekceli (fail mengeja sebab tuh ingelish dapat B dulu) entry ni nak cakap camne nak sorok muka anda yang selebek itu apabila sedih ke nak nangis ke nak teriak ke mahupun meraung. histeria tak la. err. selalu kan, selalu la kan kalau nak ternangis depan orang konpem2 rasa segan. saya selalu terfikir dalam otak perasan geliga saya ni, nape Tuhan tak cipta mata kita kat bontot. so that, kalo kita nangis pun orang tak nampak sebab konpem2 dicover oleh seluar kita. so kalau kita nangis dalam seluar pon, mesti orang ingat kita kencing dalam seluar. takdela malu sangat kan. ek? tapi tak tahulah kalau ada yang jenis berbogel tak pakai seluar. ahak3. ada dua situasi yang boleh korang2 cover kalau nangis.

1- secara bertulis. selalunya ayat2 sedih ni orang tulis kat belog or setatus kat fakebok. ahha kalau rasa anda ni ada sifat konon2 pemalu, boleh la guna bahasa yang orang waras tak faham. bermaksud orang yang tidak waras macam anda je paham. paham? aku tak paham.

contoh : Šiandien jaučiuosi labai liūdna. nėra. Powered vakarą. kodėl manau, kad žmonės yra labai, labai pasisekė su partneriais. kodėl aš visada esu nusivylęs. taip žinau, visi, kad ten yra gera vieta. Manau. Aš buvau per daug tingus, kad kas nors dabar.juk nebuvo domina mane. tačiau, kai tai atėjo iš velnio prakeikimas atėjo maišyti jausmus. Aš žinau, Dievas jau sukūrė tai, kas geriausia Jo tarnai. Aš manau, kad jei norite, kad meilė kaip lentynos nebūtinai turi mate. Aš kartais stebėtis. Aš kvalifikuota šią geras žmogus, o aš tai ne gera moteris.Tikiuosi, kad Dievas atsakė į mano maldas. bet mano maldos yra atsakyta. man nėra geras tarnas jį. visada klausti, bet per daug tingus, skambinti. srovės diapazone. man reikia eiti į maldas. Interneto žaisti tai.Tai nėra įmanoma.

anda boleh berkata apa2 je mahupun mencarut sekali pun sebab anda je yang paham. jika ada orang lain yang paham bermaksud dia memang sangat concern pasal anda. anda boleh translate bahasa gila di atas di sini


2- secara face-to-face. ni bila anda nangis depan2 orang hidup. kalau nangis depan patung ke bear ke tak masuk akal la kalau nak cover. skill ni susah sikit sebab anda kena pandai berlakon macam wan maimunah. tapi bukanlah maksud saya anda kene berkemban macam dia. senang cite tengok pica di bawah.


pakai spek jika pica tidak keliyar. jika tak faham macam si bendul ini, sila klik pica untuk tumbesaran yang baik.

cara2 di atas sudah dicuba oleh penulis tetapi tidak berjaya. buang karan je tulis. tata!


note: devastated-a word but shows totality feelings in my brain, heart, mind and bla3.

kenapa?

masing2 ada gaya sendiri bila bergambar. paling common adelah dengan membulatkan mata, memuncungkan mulut, (menampakkan kemungilan mulut macam abang ning baizura. erk!), dan hanya satu side muka yang nampak. teknik2 ini amat berjaya untuk menampakkan muka yang kurang cun jadi terlebih cun. atau yang kurang kurus nampak slimousss. tak payah guna Jus Mate 5 pun takpe. macam dalam ni :

100 photos in 1 style

masing2 jugak ada body style trend bila bergambar. habit yang selalu saya atau kita nampak ialah kalau tak buat gaya peace, mesti individu itu akan mengajak kawan dia buat gaya love. gaya ni memerlukan empat tangan sebab tuh kene guna 2 orang. ngehehe. yela takkan nak buat gaya F**K pulak. hmm tapi gaya tuh la paling senang sebab guna satu jari pon boleh. ehek3.

pastu pada pendapat saya la kan, satu2 picas itu akan hilang kualiti kalau terlalu banyak editing. tak kesahla guna software ape2 pon. lagi2 kalau guna photoshop. picas yang diambik guna slr pon dah tak nampak seni slr itu sendiri sebab terlalu banyak mengedit.

saya jugak wonder kenapa budak2 sekolah saya dulu berani letak picas2 daring (bukan darling ngasri) dengan boyapren dia kat fakebok. yela kalau kau dulu skolah aliran biasa gua tak kesah. ni sekolah agama beb. ye tak hipokrit. but being hypocritical to avoid gossips is okay. dah jadi satu hal nak mengumpat. hehe..

nota kuku: its really enjoy to talk about others but how do i look in my own pictures? haha

Monday, November 29, 2010

tomyam memang sedap

bila aku alpa, kau datang.
aku dapat rasa apa yang aku buat tu salah.
tapi hati aku menafikan.
sebab ada makhluk kau yang lain mendampingiku dengan erat.
aku leka, kau masih ingat aku.
sedangkan aku hanyut dalam perkara yang tidak pasti.
semakin aku dekat dengan mereka,semakin aku menjauhkan diri dengan kau.
semakin banyak imbuhan dosa yang lain aku dapat.
kau terlalu baik.
aku tak pernah sedar.
maafkan aku.
kau terlalu pemaaf.
aku tak pernah nak menghargai.
maafkan aku.
kau terlalu mengingati.
aku tak pernah nak ingat.
maafkan aku.
kau terlalu penyayang kepada hamba2 kau.
tapi adakah aku di antaranya?
setelah banyak manfaat yang kau berikan.
aku tak pernah nak pandang.
lagikan untuk bersyukur.
TAPI
aku tahu manusia boleh berubah.
terima kasih kerana selalu mengisi
kedukaan aku,
kesepian aku,
keperitan aku.
kerana kau, aku masih boleh bertahan.
terima kasih.
aku harap kau akan selalu dekat dengan aku hingga ujung waktu.
jangan biarkan makhluk-Mu yang tidak bermanfaat mendampingi aku.
aku harap perubahan ini biarlah berkekalan.
lindungilah aku.
I LOVE YOU.

nota sipi2: tajuk entry memang tak berkaitan. sekadar untuk mengimbangkan perkara dunia dan akhirat.

tapii megi tomyam memang shedappppp. nyoma3 slurpppp

Thursday, November 25, 2010

cara2 nak buang bayi

ye gejala sosila eh sosial makin menjadi2. ye makin menjadi2. itulah ayat2 biasa kita dengar kat mana2 akhbar di negara 1 Malaysia. kerajaan Malaysia memang sangat bertungkus lumus membanteras masalah buang bayi. dan langkah2 yang diperkenalkan juga sangat 'berkesan' sampai kes buang bayi meningkat dengan happily hell after.

entry ni sebenarnya nak ajar camne nak buang bayi dengan betul. sebab saya dah bosan dengan cara nak membanteras. sebab yang mencadangkan pencegahan itu sungguh tidak layak. mereka mencanangkan bla3 tapi gaya hidup mereka dan keluarga mereka sebijik macam Parit Hellton. oh saya lupa. konsep 1 Malaysia adalah mencampurkan semua unsur2 budaya menjadi sebahagian hidup kita.

jika anda2 (babi) di luar sana mempunyai niat nak buang bayi (baby) anda selepas selamat melahirkan, silalah layan video masyuuk ni dulu. mana tahu boleh stim lebih sikit lagi. boleh buat and buang lagi. kan3???


stim tak tengok bideo ni? tak stim bermaksud hati anda memang 'lembut'. hati lembut ni bagus. boleh masuk majalah Mangga jadi model dalm pool sambil gulung2 bulu ketiak.

sebelum proceed dengan cara2 nak buang bayi, apa kata anda praktikkan dulu benda yang saya tulis kat bawah ni. sebab dengan cara ni menambahkan lagi keyakinan anda untuk menjadi sohabat saitoonnn.
1) first sekali, anda pergi kat area2 orang buang sampah and try duduk dalam kotak kat situ. kejap je. 10 minit. best tak rasa?
2) pastu try buat2 mampus pastu upah mane2 hanjing gigit2 anda sampai berdarah2. best tak? best gileeeee kottttt
3) then anda upah pasangan anda yang berjasa melahirkan baby tadi, suruh dia bakar anda hidup2 dan buang anda kedalam tong sampah or wateva. syok kan3???
4) last but not least, duduk senyap2 dalam lubang najis. ambik bau je. ala kejap jeee.

dah yakin?kalo dah selesai praktikkan benda2 bijak di atas, bolehla proceed dengan cara2 bernas untuk buang bayi anda. caranya ialah......























TAKDE CARALAH B***H!! PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG LA. KAU INGAT KAU SORANG JE NAK HIDUP. KAU INGAT BABY KAU TAK NAK RASE BETAPA BESTNYE BER******H. YAWWW!!!

nota baik: ingatlah balasan Allah. tak didunia, di akhirat. lagi bagus kalau kena dua2. hoho bye!

Wednesday, November 24, 2010

teman lelaki pilihan

MUKADIMAH:
rasa best la nak tulis pasal cintas2 ni. saya dengan nada serius sebenarnya tak suka cakap benda2 mengkhayalkan ni depan2 public. lagi2 kalau video2 cintas dipost kat dalam fakebook yang buat ramai GALZ2 terawang2 dan sambil bermonolog dalam hati 'pakwe aku sebijik la macam dalam bideo ni. untungnya aku dapat die'. marila sedih beramai2 bagi golongan yang single kerana dalam hati mereka2 ini pula akan berkata 'bestnye kalo dapat pakwe camni'. ye memang best kalau betul2 wujud lelaki macam dalam bideo tuh. tapi bagi pendapat saya yang kurang bernas ni, bideo macam tu tidak realistik, tidak logic dan membantu kepada anak2 remaja berangan kosong. wohaha. sebabnya kemungkinan besar GALZ2 yang tadi tuh akan merana ditinggalkan kekasih yang konon2 nya sama dalam bideo khayalan tadi. itu cuma pendapat saya sahaja. anda sangat beruntung jika memang dapat 94% lelaki macam dalam bideo2 terbabit.

ISI-ISI PENTING:
okay berbalik kepada tajuk entry saya di atas. teman lelaki.teman lelaki ni bukanlah maksudnya macam 'DIA PILIH KLCC DOWH'. ni maksudnya teman lelaki a.k.a suami di dunia dan di akhirat. okay every woman wants the very2 best3 for her other half. tapi mungkin berbeza citarasa. ada yang suka kering macam afdlin shauki. ada yang suka gemuk macam saiful apek. tinggi and pendek and whatever sifat fizikal manusia. tapi kalau dari segi lahiriah pun ada jugak certain2 chracteristics yang menjadi idaman. hoho.. contoh one of my friend, alyaa. ciri2 die suka ialah berkarisma. saya sampai sekarang tak tahu what is the inside of charisma. mungkin bijak or pandai berkata2. tapi sifat lelaki memang pandai berkata2. oh shit. haha..

as usual, budak2 sekolah suka yang perfect macam dalam2 cite2 melayu. jangan cakap orang. saya pun macam tuh dulu. ngehehe. sifat gatal saya datang masa naik sekolah menengah. dahla sekolah perempuan je+sekolah arab (ehem3). yang lelaki hanyalah cikgu2 dan tukang kebun. takde pilihan kot nak menggatal. bodoh la aku mase sekolah. takkan nak minat tukang kebun. so minatla para2 cikgu or ustaz kat sekolah. macam sangap je dulu. bukan saya je okay. boleh kata almost minat cikgu laki. pantang ada cikgu praktikal yang muda bergetah korang (+saya) mulala buat perangai lain macam dan macam lain dari yang lain.

dari hasil kajian tipu2 termasuk pengalaman saya sendiri, ciri2 lelaki yang budak2 sekolah perasan dewasa ni suka ialah :
1) hensem kacak bergaya
2) leader untuk sesuatu occasion e.g : pergerakan kawad kaki ( tak tahu term apa sebab saya dulu tak aktif sukan sebab tu gemuk. shial)
3) berpengaruh dan popular kat sekolah2 di sekitarnya

gambaran : (lelaki di sebelah kiri atas hanya hiasan)

masa ni tak kesah laki tuh bodoh ke tak dalam bab2 belajar. yang penting cukup sifat2 palsu di atas sebab nak tunjuk kat membe2 sambil bermonolog dalam hati 'gewe aku meme semak'. oh koya! tapi saya dengan sedikit bangga nak cakap saya tak pernah terlibat dengan cinta monyet maybe sebab kurang nafsu atau mungkin sebab nafsu kurang (eh?).

zaman berubah dan taste saya (mungkin orang lain) juga berubah. dah habis sekolah menengah, masuk pulak matrik. masa ni taste still macam budak2. yang paling common mereka perempuan suka muka 'korea2', 'chinas look' and whateva. taste masing2. kalau saya pulak?hehe..
1) tinggi (ini taste normal bagi peremp)
2) budak2 physical stream (maksudnya bakal2 engineer)
3) otak bijak
4) pandai buat lawak din beramboi (Al-Fatihah)
5) muka hitam (menunjukkan mereka adalah sports guy)
6) kurus

gambaran : (picture was randomly taken)

PENUTUP
dah makin dewasa, otak pun dah matang. semua2 ciri2 di atas tak bawa kemana sebab yang paling penting ialah hati yang jujur dan ikhlas sampai mati (masuk part feeling). im talking based on my experiences (lap air mata kejap). jadi apa yang perlu bagi seorang lelaki untuk dijadikan teman di dunia dan di akhirat ialah :
1) beriman dengan sepenuh hati kepada Maha Pencipta
2) tahu tanggungjawab sebagai anak, suami dan bapa.

tak banyak. DUA je tapi susah nak dapat macam ni. bila dua sifat ni combine bersama2, hidup InsyaAllah bahagia. (mata bersinar2 dan juga bermonolog tanpa tengok bideo kat fakebook). untuk part ni takde gambaran sebab mereka ni tidak layak digambarkan secara murahan. (sila senyum)

nota tangan : tiada makhluk Allah yang sempurna. mungkin secara lahiriah kita tengok seorang wanita beruntung dapat lelaki kacak+kaya+baik n bla3. tapi kita tak tahu mereka ini mungkin FAIL dalam producing anak. hoho bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...