Thursday, November 18, 2010

tag dari miss Lilo loloolo

1) Apa yg sedang bermain di fikiran anda sekarang??
exam falsafah pendidikan. Socrates, Plato, Aristotle.. Micheal Jackson, Awie, nasi kak wok, kb mall eh lari topik pulok.

2. Apakah nama samaran anda?
kuneng, anah, sanah, baronah, boron, but I LOVE3 when people call me Hasanah :)


3. Senaraikan 3 orang yg anda sayang.
- mok n wae de kinder bueno
- familia de amor
- frens de castello

4. Panggilan utk si dia..
deer..

5. Hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa..
kejujuran hati sampai mati. boleh?

6. Blog mana yang paling suka di 'visit'??
belog yang tak syok sendiri

7. Tag pada 5 rakan blogger anda...
tak cukup kot 5. najah, ayat, sikin and sape2 boleh tag diri sendiri.

Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya aidil adha

first taim TAK BALIK raya haji. oh klate are you okay with that? lembu2 sudah rindu padaku. nak buat rano ambo ado paper 18 tuh. soba deh lembu. di bawah ni ada dedikasi untuk semua warga klate yang merinduiku. I LOVE YOU LEMBUUUUU


nota tangan : diharap viewer bagi video ini adalah perempuan sahaja kerana terdapat kelucahan yang melampau di dalam video ini. sebarang akibat yang terjadi selepas itu tidak ditanggung oleh pihak sikunengkakitemberang@sungaigolok.my. dan satu perkara yang saya hairan dengan moto UPM iaitu 'with knowledge we serve'. kalau dah dengan knowlegde, serve la cuti raya cukup2 untuk ktorang ni. ok?

nota tangan kuasa 2: before this, video ni dah aplok kat fakebook tapi telah di delete atas sebab2 musabab ahmad albab. saya aplok kat sini sebab ada permintaan. lagipun belog saya takde follower seramai fakebook. jadi kemungkinan besar video ini tidak diloading oleh penduduk malaysia yang cintakan lembuuuuu. saya lebih berkeyakinan view video yang takde viewer. sesungguhnya terbukti benar saya seorang yang pemalu sempoi. bohhhhhhhhh

nota tangan kuasa 3 : nak study. bohhhhhhh

Monday, November 15, 2010

bila sedih tengok si annoying


video pasal si oren gigi kuneng. cara dia cakap macam dia hidup lama bai. video ni boleh buat saya and kita2 jadi senyum macam ni
----->

nota tangan : Pengalaman mematangkan kita. Fikir dulu sebelum bertindak.

Sunday, November 14, 2010

.HIM and us.

rasa tersentuh bila baca artikel ni. Allah gives and forgive but human get and forget. Don't we?


Alangkah tidak malunya kita!!!

by Ahlan Wasahlan سيتي فاطمه on Sunday, November 14, 2010 at 11:50am

setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.

Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...


credit to In a Relationship

physics self-substituting

Kinetic Energy


Distance



Speed



Potential Energy

nota tangan untuk Dr Rambut Putih : diharap kalau nanti taim exam kot2 tak ingat rumus, boleh saya letak gambar2 di atas sebagai extra marks.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...